Aku masih ingat ketika zaman sekolah, mak abah selalu pesan untuk aku buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Kalau pemahaman aku, kita nak kena pulun buat betul-betul sekemas mungkin dan sehabis baik.
Biasanya, keadaan kerja bersungguh-sungguh akan mendatangkan banyak perkara baik dalam kehidupan.

Macam mana kerja bersungguh-sungguh?
Kerja bersungguh-sungguh ni hanyalah terma yang biasa diguna pakai untuk merujuk kepada perbuatan melakukan tugasan dengan sehabis baik.
Sehabis baik yang macam mana pula? Sebabnya tak semua orang mempunyai keupayaan yang sama.
Mudahnya begini, kita akan melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh apabila kita suka, seronok dan juga menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Selalunya, tugasan yang diberikan pastinya membabitkan potensi pada diri kita.
Kita saja kadang-kadang tidak sedar akan keupayaan yang ada pada diri sendiri.
Macam mana nak aplikasikan konsep kerja sungguh-sungguh dalam dunia pekerjaan?
Dunia pekerjaan adalah dunia orang dewasa.
Bila dah dewasa, kita ni dah cukup matang untuk membuat keputusan hidup sendiri dengan penuh disiplin.
Sepanjang proses menjadi dewasa, pastinya banyak proses kehidupan dilalui termasuklah cabaran menguruskan hal-hal celaka yang menyusahkan hidup kita.
Maka dengan itu, kita jadi lebih cekap dalam memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan agar lebih baik.
Oleh yang demikian, kadang-kadang (mungkin kebanyakan masa) pekerjaan yang kita lalui tidaklah menghasilkan rasa seoronok mahupun boleh dilakukan dengan penuh minat.
Tetapi, kita boleh berpegang kepada tanggungjawab yang perlu dipikul semasa melakukan kerja.
Kalau anda seorang bujang, mungkin anda bertanggungjawab untuk memastikan pekerjaan yang anda lakukan menghasilkan rezeki yang berkat, begitu juga jika kita berkeluarga.
Biasanya, apabila kita mempunyai rasa bertanggungjawab ke atas tugasan yang perlu dilakukan, maka secara automatik kita akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya demi keberkatan yang menghasilkan rasa bahagia dan cukup dengan ‘bayaran’ yang kita dapat.
