“Menulis adalah bekerja untuk keabadian”

Sesungguhnya permulaan tahun baharu amat signifikan buat ramai manusia.

Permulaan kalendar baharu biasanya datang dengan semangat serta keterujaan yang pelbagai dalam memastikan hidup kita sentiasa beradaptasi dengan keperluan semasa.

Untuk tahun ini, aku membayangkan ia sebagai usaha baharu untuk memperbaiki keupayaan sedia ada agar dapat melakukan anjakan ke arah yang lebih efisien dan berkesan.

Permulaan tahun baharu hijrah kali ni dimulakan dengan kisah sedih yang membabitkan banyak kes kematian akibat wabak COVID-19 di Malaysia.

Sebelum pandai menulis, biasanya kita kasi belajar mewarna agar biasa memegang pensel - Foto Hilal Azmi
Sebelum pandai menulis, biasanya kita kasi belajar mewarna agar biasa memegang pensel – Foto Hilal Azmi

Hal ini menyebabkan hampir setiap juga kita mengingati bahawa mati itu sesuatu yang pasti.

Akan tetapi, sejauh mana amalan serta tindakan kita hari ini mampu memberi kesan yang baik sepanjang perjalanan kita menuju alam barzakh dan alam akhirat.

Justeru, aku mengaktifkan semula penulisan melalui platform ni bagi membolehkan perkongsian serta usaha menambah baik diri sendiri dibuat sebanyak mungkin.

Harapannya, ilmu yang bermanfaat dapat dikongsi, diguna pakai serta menjadi amalan yang baik untuk masa akan datang.

Bak kata saudara Qum ketika sesi Clubhouse tempoh hari yang cukup memberi kesan kepada diri aku.

“Orang boleh pandai setinggi langit, selagi dia tidak menulis, ia akan terhapus ditelan zaman.

“Menulis adalah bekerja untuk keabadian,” pesan beliau.

Maka semangat itu diteruskan hari ini. Doakan segalanya berjalan lancar. ?

Leave the first comment