Reunion pertama 2014.

Written by Lal Azmi on . Posted in abah, Family, Hizam dan Bella, Mak

“Bukan senang anak-anak nak balik dan berkumpul beramai-ramai!” Kata abah.

Aku mengakui bahawa ini realiti yang perlu dihadapi kami sekeluarga seusai kami adik-beradik melepasi umur 18tahun bermula 2014.

Namun, tidaklah mustahil untuk kami berkumpul memandangkan hanya aku dan Hizam yang mula bekerja sejak 4 tahun dulu. Aisha n Caca masing-masing masih berusaha meneruskan perjuangan belajar di peringkat pengajian tinggi.

Mak, seperti biasa akan samgat berbahagia dengan kepulangan anak-anaknya. Apa saja makanan kesukaan, akan sedia terhidang.

Kegigihan mak memang aku sendiri kagumi kerana sanggup merempit ke Tesco (yang terletak kurang 2 kilometer dari rumah) untuk mendapatkan bahan mentah. Memang hebat!

Yang abah pulak, kalau kami dah beramai-ramai balik. Semua plan untuk melepak dengan geng kedai kopi dia akan dibatalkan demi meluangkan masa dengan anak-anak.

Makan2 di KFC

Satu benda yang best, kami akan melepak, bersembang sampai 3 pagi kadang-kadang tu.. Tapi skarang ni musim Aisha n Caca dok seronok tengok Running Man. Balik ja, PVR Astro akan dimainkan semula episod yang dah siap diarakamkan sebelum ni.

Tapi, perjumpaan kali pertama ni, melayankan mak yang kempunan makan KFC. Itu yang melayan semuanya.. Lagipun Bella (isteri Hizam) memang boleh layan ja.. Musim-musim mengandung ni.. Hehe

Tags: , , , , , ,

Trackback from your site.

Lal Azmi

follow me on Twitter & Instagram @hilalazmi

Comments (1)

  • Asyrof Asri

    |

    Best kan bila dapat kumpul 1 famili. :)

    Rasa bahagia setahun walau sekali setahun berkumpul.

    Reply

Leave a comment