Profil

Siapa Hilal Azmi?
Anak jati Pulau Pinang yang menetap di Kuala Lumpur dalam eksplorasi kehidupan di ibukota. Sentiasa suka melihat isu yang kurang diketengahkan dan pada kebanyakan masa sukar untuk diterima di kalangan pembaca. Namun demikian, komen anda amatlah dihargai memandangkan teguran yang membina saja mampu meneruskan momentum penulisan saya.

Kenapa blog ni diwujudkan?
Blog ini hanyalah sekadar pendapat peribadi mengenai sebarang isu yang berlaku mahupun perkara yang terjadi di sekeliling ruang lingkup kehidupan manusia bernama Hilal Azmi. Kerja sebagai wartawan penyiaran bukan satu kerja mudah tetapi perlu ada sejenis terapi melalui blog. Ya la... Bukan semua benda yang kita tulis sesuai untuk tujuan tempat kerja. Oleh yang demikian, segala hal yang diketengahkan di sini kebanyakannya berasaskan pemerhatian dan apa yang dirasa penulis.

Pengalaman kerja di Astro Awani
Julai 2012 - April 2014
Wartawan Penyiaran, Penolong Penerbit & Pengacara program Kini Trending

Sept 2012 - Disember 2013
Penerbit & Pengacara program Bisnes Alternatif

Disember 2012 - April 2014
Penolong Penerbit program Debat Awani


Pencapaian
April 2012 - Finalis Program On Air terbitan Astro Ria