20131231-052527.jpg

Budak malang pon kena kutuk.

Written by Lal Azmi on . Posted in Pendapat, Pening

Ramai yang mengetahui kisah yang meruntun jiwa kebanyakan rakyat Malaysia pada permulaan sesi persekolahan 2014 yang lalu.

Mana taknya, adik Nur Katijah yang dibawa ke sekolah pada hari pertama menjadi perhatian utama guru-guru di sekolah terbabit. Atuknya yang mendaftarkan Nur Katijah seperti penjaga lain datang membawa sejumlah wang yang cukup untuk membayar yuran persekolahan cucunya. Akan tetapi, kisah ini menjadi lebih besar selepas atuknya dikesan membayar menggunakan DUIT SYILING.

Setelah disiasat, gurunya mendapati, Atuknya (yang lebih mesra dipanggil Pak Long), menceritakan bahawa wang syiling tersebut ialah hasil tabungan Nur Katijah beberapa tahun sebelum ini.

Rupanya, Nur Katijah ini merupakan anak yatim yang dijaga atuk dan neneknya yang tinggal di Flat Taman Dagang.

Jangan tanya kisah bantuan yang tak sampai kepada keluarga ini. Tetapi, kisah orang sekeliling (termasuklah jiran blok bersebelahan) yang mula memberikan isyarat seolah-olah keluarga ini meminta perhatian media untuk mendapatkan simpati serta bantuan.

Pak Long dan Mak Long (yakni atuk dan nenek Katijah) sentiasa memberi penekanan ketika pertemuan dengan media (mahupun insan mulia yang sudi membantu), bahawa kisah Katijah ini bukanlah dikongsi untuk tujuan mendapatkan simpati. Malahan, neneknya tidak pernah sekalipun menceritakan kesusahannya kepada sesiapa pun melainkan guru tadika Katijah.

Guru yang prihatin akan kesusahan keluarga ini mula memuat naik kisah bayaran menggunakan duit syiling itu melalui akaun Facebooknya lantas mendapat perhatian ramai termasuklah media arus perdana dan juga kami di Astro Awani. Sumbangan juga turut dihantar melalui kami oleh warga kerja Astro yang turut sudi memberikan sumbangan ketika pertemuan tersebut.

Bagi aku, kalau dah sekeliling itu dari kumpulan yang kurang daya fikirnya, maka mulut pun akan senantiasa bercakap tanpa sempat berfikir. Maka, elakkanlah dari mengatakan sesuatu yang belum tentu kita ketahui kisah sebenar di sebalik cerita yang tersebar.

Dan boleh jugak tengok video sesi ramah mesra bersama adik Nur Katijah semasa pertemuan saya dan Nisa Kasnoon semalam.

Tags: , , , , , , , , ,

Trackback from your site.

Lal Azmi

follow me on Twitter & Instagram @hilalazmi

Comments (6)

  • Maisarah

    |

    Memang manusia ni APTB. Menolong tidak, mengumpat champion.

    Reply

  • khai

    |

    kesian ak tgk adik khatijah nih….

    Reply

  • ejam

    |

    semoga adik khatijah akan sukses dalam hidupnya dan dapat membalas jasa atok dan neneknya itu.
    sedih baca kisah ini dengan ragam masyarakat keliling..sedih.

    Reply

  • Mohd Shubhi

    |

    Macam tulah manusia…cepat menghukum. Ada yang prihatin, ada yang mengutuk, ada yang jadi pendamai dan macam-macam ada..masing-masing dapat habuan setimpal

    Reply

  • jaymiee

    |

    bantuan dihulur dengan penuh ikhlas.semoga adik khatijah tabah dan terus belajar tentang erti hidup sebenar.

    Reply

Leave a comment