Biarkan hidup ini SIMPLE!

Written by Lal Azmi on . Posted in Kisah Syria, Naratif, Pendapat

Tatkala menulis artikel ini saya diperhati dengan penuh taksub dan ghairah oleh beberapa kanak-kanak di bandar Aleppo yang memeriahkan lokasi kediaman rombongan Rescue Syria di sini.

Disebabkan tumbesaran saya yang dekat dengan kanak-kanak, maka mereka ini amat gemar untuk berdampingan sambil menawarkan kepala untuk diusap. Mungkin mereka ini memang dididik manja oleh orang yang lebih dewasa di sekitar bandar ini.

Sudah menjadi lumrah dan budaya orang Syria, kanak-kanak diberi perhatian dan mereka juga diberi peluang untuk keluar dan mencari jalan yang terbaik untuk hidup. Dengan memberikan pendidikan agama yang asas, anak-anak ini sebenarnya mampu membawa diri dalam keadaan gelap, suasana yang dipenuhi bunyi bom serta keadaan hidup yang cukup dengan keperluan asas untuk hidup semata-mata.

Bersama Kanak-kanak di Aleppo.

Bersama Kanak-kanak di Aleppo.

Salah satu keadaan yang paling mengujakan kanak-kanak ini ialah apabila ditunjukkan iPhone dengan teknologi yang ada padanya iaitu kamera. Mereka amat suka apabila foto dirakamkan dan ditunjukkan kepada mereka. Tapi sayangnya, senyuman ketika melihat gambar sendiri lebih manis berbanding senyuman yang ditunjukkan ketika foto dirakamkan.

Rakan media rasmi untuk MLLFS, Aiman berkata “hidup mereka kat sini hanyalah ASAS semata-mata. Jangan pulak ko complicatedkan kehidupan mereka!”. Tambahnya lagi “mereka ni tak perlu pon pikir masalah nak cas handphone, drama tv apa yang perlu ditonton mahupun teknologi apa yang baru diperkenalkan, hidup mereka hanyalah bangun, makan, pergi belajar Quran dan larikan diri dari bom saja”.

Saya terpana dengan kata-kata itu. Ada benar kata Aiman itu. Budak-budak di sini boleh gembira dengan hanya bermain kejar-kejar. Ada juga yang gembira dengan mengikut abang-abang mereka pergi melawan pihak rejim. Lebih gembira lagi, bila melihat mereka senyum ketika diberikan gula-gula!

Mungkin itu rencam kehidupan dalam keadaan susah dan sukar. Semudah-mudah perkara boleh menjadikan diri gembira dan tersenyum.

Asas kehidupan gembira amatlah mudah, hanya perlu berinteraksi dan hasil interaksi itu berjaya mencuit kalbu kedua-dua pihak. Maka ia cukup untuk membuatkan seseorang senyum kalaupun tidak sepenuhnya gembira.

Akan tetapi, bagi remaja dan belia di bandar Aleppo, mereka turut tidak ketinggalan untuk bersosial di alam maya melalui platform facebook.

Kalau zaman 50-an dulu suratkhabar menjadi medan utama atau asas utama komunikasi massa, kini di tahun 2014, tiada sebarang penerbitan suratkhabar di bandar Aleppo. Apa yang mereka ada hanyalah perkongsian berita, video dan foto melalui akaun rasmi Aleppo Media Centre (AMC).

IMG_5843

Asas AMC pula digerakkan dengan wartawan sukarela mereka yang sanggup bekerja hingga ada yang pernah syahid ketika bertugas secara langsung akibat serangan roket.Apa yang penting, berita disebar buat rakyat Aleppo dan hidup tenang dengan informasi terkini yang cukup.

Hasil interaksi ini memberikan ruang gembira atau dianggapkan sebagai sudah cukup buat mereka. Tak perlu berbelanja lebih, tak perlu menyakitkan hati sesiapa. Yang diketahui mereka, hanyalah sakit hati dengan tentera rejim dan juga pemimpin rejim di Syria.

Itu asas kehidupan mereka. Di kala susah, di kala perang malah di kala tiada sebarang makanan yang sedap lagi mengenyangkan.

Apa asas kehidupan kita?? Internet? LV? iPhone?

Tags: , , , , , , , , ,

Trackback from your site.

Lal Azmi

follow me on Twitter & Instagram @hilalazmi

Comments (2)

  • akubiomed

    |

    Peranan media sebagai barisan hadapan untuk menyampai mesej kemanusiaan kepada sejagat. Semoga bro didalam lindungan Allah SWT.

    Reply

  • Azman Ismail

    |

    Bila dah ke negara orang, sedikit sebanyak menginsafkan diri kita sendiri.

    Reply

Leave a comment