Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Menyimpan Duit Rm5 dalam koleksi

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Cabaran demi cabaran dilalui dengan penuh emosi dan rasional dek kerana kesan ekonomi yang cukup padu dan membebankan.

Akan tetapi, kita masih ada ruang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan kita kebal dalam menghadapi cabaran sama di masa depan.

Salah satu pengajaran penting yang dipelajari sepanjang 266 hari (sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasakan), adalah untuk kita ada simpanan di masa mencabar.

Jadi, aku nak share sikit antara sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sekarang tanpa menunggu bermulanya tahun baru 2021 nanti.

1. Selamatkan diri daripada masalah kewangan

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang menghadapi masalah kewangan akibat tidak dapat keluar untuk bekerja.

Akan tetapi, syukur kerana ramai juga dikurniakan ilham yang baik untuk mencari penyelesaian ini menggunakan teknologi yang ada di negara ini walaupun perkhidmatan internet di Malaysia teruk sungguh!

Ada yang jadi Grab Driver, ada yang jadi penghantar makanan dan macam-macam bisnes baru muncul dengan tekanan yang dialami kebanyakan kita.

Syukurlah, ilham itu diberi kepada kita untuk selesaikan masalah yang ada, walaupun ramai juga lagi yang masih melalui masalah ini sehingga sekarang.

Tetapi, situasi mencabar ini nyata memberi mesej jelas agar kita sentiasa menyimpan supaya ada wang yang boleh digunakan ketika berlaku kecemasan.

Inilah yang dinamakan selamatkan diri daripada masalah kewangan.

2. Hutang akan menambah beban kewangan kepada kita

Prinsip 'aku harus bebas hutang' mungkin ada kepada kebanyakan kita, tetapi ramai juga yang mungkin meletakkan prinsip ini sekadar dalam hati sahaja kerana keupayaan kewangan belum sampai di tahap yang optimum dan meyakinkan untuk menyelesaikan hutang.

Akan tetapi, prinsip ini amat penting kerana sedikit sebanyak ia akan memberi kita semangat untuk teruskan berusaha mempelbagaikan usaha menjana pendapatan bagi mengeluarkan diri daripada belenggu hutang.

Jadi, untuk bebas hutang, kita juga harus berusaha untuk menyimpan sebanyak mungkin sebagai emergency fund kita.

Bukan apa, bila berlaku hal kecemasan, sekurang-kurangnya kita tidaklah menambah beban hutang lagi dek kerana situasi cemas yang berlaku.

3. Kita tak tahu apa lagi nak jadi lepas ni

"Apa pula bala nak mai nanti ni?"

Itu antara skrip yang selalu disebut dalam cerita P.Ramlee.

Tapi, tu juga mesej jelas yang dibawakan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bahawa kita kena sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam kehidupan.

Kemungkinan kemalangan, kecelakaan mahupun kematian akan sentiasa ada di mana-mana tanpa mengira masa.

Jadi, segala usaha yang positif wajib kita gerakkan agar kita sentiasa bersedia zahir dan batin atas sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Kata orang Penang, 'prepare for the worst', atau bersedia kepada perkara paling buruk.

Bukan nak doa, tetapi itu pemikiran yang akan memastikan kita sentiasa bersedia.

**Sebelum ni, aku suka simpan duit RM5 banyak-banyak untuk persediaan waktu kecemasan. Tetapi sekarang aku dah ubah sikit. Cara dia, kita kumpul 'harta' yang kebal dengan kejatuhan nilai.

Kalau takat simpan duit, RM50 hari ni mungkin tidak lagi sama nilainya dengan RM50 di tahun 2050 nanti.

Boleh contact aku dengan DM di IG, Twitter ataupun email saja kat saya@hilalazmi.com untuk maklumat lanjut.

Bebas Hutang
December 7, 2020
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!