Berkahwin lebih 10 tahun tetapi tiada hubungan seks



Kisah perkahwinan tanpa hubungan seks ini mungkin jarang dibincangkan, tetapi kisah ini antara yang menarik untuk dibaca bagi memastikan kebahagiaan unggul dikecapi.

Setiap manusia perlukan hubungan yang merembeskan hormon-hormon positif agar kekal sihat, cantik dan bahagia.

Hubungan ini termasuklah hubungan sahabat, jiran tetangga dan juga hubungan fizikal.

Perkahwinan pula terwujud bagi memastikan hubungan antara manusia (terutamanya membabitkan hubungan seks) halal dan diakui secara undang-undang.

Sebabnya, kesan besar hubungan seks ialah keupayaan untuk menghasilkan manusia baru yang memerlukan maklumat nasab keturunannya yang jelas agar kehidupan di masa depan tiada isu berbangkit.

Perbincangan yang dikongsi menerusi siri dokumentari Christiane Amanpor : Sex and Love Around The World membuka mata banyak orang berkaitan isu ini.

Paling menarik perhatian, dalam episod pertamanya, Amanpour yang juga wartawan CNN menyingkap kehidupan moden yang ada di Jepun serta cabaran yang dihadapinya dalam hal membabitkan masyarakat tua.

Dapatan awal daripada kajiannya di Jepun mendapati ramai orang Jepun mengamalkan kehidupan tanpa hubungan seks dalam rumah tangga atau 'sexless marriage'.

Salah satu perkongsian oleh seorang wanita yang sudah berkahwin dalam siri dokumentari itu amatlah membuka mata.

Mana tidaknya, masih ada pasangan yang berkahwin tetapi tidak 'bersama' selama lebih 10 tahun.

Ketika ditanya, wanita itu mengakui dia juga ada teman lelaki yang menemaninya ketika diperlukan.

Seperti yang kita tahu, Jepun mempunyai banyak produk seks samada untuk kegunaan lelaki mahupun perempuan.

Malah, tidak kurang dengan produk, perkhidmatan untuk mengubat kesunyian juga banyak di bandar-bandar utama negara matahari terbit itu.

Tetapi, bila ditanya mengenai kenapa tidak berpisah saja kalau tiada hubungan seks berlangsung sepanjang 10 tahun perkahwinan?

"Sebab kami ada dua orang anak", jawabnya ringkas kepada Amanpour.

Kesian, demi anak, wanita itu 'mengorbankan' keperluan biologinya dengan meneruskan perkahwinan mereka.

Tapi, ada juga yang berpendapat itu merupakan langkah terbaik demi keutuhan sesuatu institusi rumah tangga.

Yang penting, pandai makan, pandai simpan. 😑

Aku percaya suami perempuan tu jugak pasti ada aktiviti di 'luar' yang tidak diketahuinya. hmm...

Namun demikian, di Malaysia yang berkembang pesat dan maju, banyak juga cerita yang belum dikongsi secara terbuka.

Tetapi, secara sembang kopi, atau sesi ngeteh, mungkin cerita-cerita macam ini pernah jadi topik perbualan.

Mungkin kita kena gali lagi lepas ni...

Nota Kaki: Siri ini diterbitkan pada 2018 dan kini anda boleh menontonnya menerusi Netflix

Gali Cerita
December 2, 2020
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!