Temu bual secara sidang video mungkin kini jadi biasa sejak wabak COVID-19 menular di seluruh dunia.
Bagi mereka yang pernah kerja di stesen televisyen, sesi sidang video mungkin memudahkan kerja, tetapi visualnya kadang-kadang tidaklah cukup elok jika dipandang sebagai penonton.
Ya, rasa itu selalu terjadi terutamanya membabitkan jaringan internet yang maha lemah di beberapa lokasi di Malaysia.
Lebih malang lagi, adaptasi rakyat Malaysia yang kian tinggi dengan proses digitalisasi akibat pandemik dilembapkan dengan pengumuman bahawa teknologi generasi kelima atau 5G akan mengalami kelewatan dari segi pembangunan infrastrukturnya di Malaysia.
Abaikan sementara kelembapan pembangunan internet tu, tetapi kita tengok bagaimana negara maju seperti Amerika Syarikat memanfaatkan teknologi realiti maya (VR) dalam pembikinan program temu bual mereka.
Terbaharu, menerusi program The Oprah Conversation bersama Presiden Barrack Obama menyerlahkan ketelitian mereka dalam menerbitkan rancangan bual bicara.
Biarpun jarak yang memisahkan mereka sehingga 4,436km membabtikan lokasi Santa Barbara ke Washington DC, visual yang diserlahkan nyata tampak intim dan bertenaga.
"Biarpun kita jauh beribu batu, kita tetap bertemu tanpa perlu pakai pelitup muka di dalam bilik yang sama!" kata Oprah.
Pengajaran penting di sini, setiap tindakan memerlukan semangat yang tinggi.
Tidak dinafikan kita mungkin ada kekangan tersendiri, tetapi kreativiti akan tetap menjadikan setiap yang mustahil sebagai satu realiti.
Nampak senang ja Oprah buat kerja, bersama pasukannya, tetapi ketelitiaan dalam setiap elemen realiti maya (VR) yang digunakan tu juga satu pembelajaran baik untuk kita hayati bersama.
Comments
Post a Comment
Sebarang komen amatlah dihargai.