Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu.


Ketika awal pelaksanaannya, ramai juga yang terkejut, malah ada yang seronok sebab boleh ‘bercuti’ di rumah masing-masing.


Sebaik sahaja minggu pertama tamat, suara-suara kebosanan mula menjengah dan bermacam-macam aktiviti dikongsikan menerusi platform-platform media sosial.


Tidak kurang dengan itu, hubungan yang mungkin selama ini terasa dekat, kini semakin intim melalui perhubungan menerusi panggilan video.


Bagi yang suka bersendirian, mungkin membaca buku dan menonton drama bersiri cukup untuk menghibur diri tatkala sunyi atau kebosanan ketika di rumah.


Memasuki jam ke 1,000 PKP dilaksanakan, kesannya semakin jelas dirasai.


Bagi yang bekerja secara freelance, kesannya lebih dahsyat.


Sama sahaja dengan mereka yang berniaga secara kecil-kecilan di pekan-pekan kecil termasuk jua di bandaraya.


Ketika ini kita mungkin ada sekitar 150 jam lagi untuk melengkapkan jam ke 2,000 pelaksanaan PKP di Malaysia.


Banyak juga idea baharu yang timbul bagi memastikan kelangsungan ekonomi rakyat di semua peringkat mula dikongsi agar dapat kita kerahkan tenaga dan aset yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.


Bagi yang masih bekerja, teruskanlah melakukannya dengan penuh komited.


Mereka yang hilang pekerjaan juga sangat ramai.


Begitu juga mereka yang jatuh miskin.


Apa yang pasti, kita takkan kembali kepada kehidupan yang dikatakan normal sebelum ini.


Segala-galanya perlukan penerimaan, cara berfikir serta cara bertindak yang lebih baik daripada sebelum ini.


Cukuplah untuk kita terus bersedih.


Kerana sedih tidak bawa kita ke mana-mana melainkan kita terus berusaha sebaiknya.


Inshaallah, setiap usaha ada hasilnya.



Hilal Azmi Astro Awani
June 3, 2020
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Hebat!