3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020


Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun.

Dunia keibubapaan dalam dekad ni nampaknya melalui banyak fasa perubahan.

Ia menjadikan banyak pemahaman purba perlu kita singkirkan demi kebahagiaan hidup berkeluarga ketika dunia penuh dengan cabaran zahir dan batin.

Jadi, ada tiga pengalaman pelik yang aku nak kongsi berasaskan pertemuan dengan kawan-kawan yang juga bertaraf bapak.

1. Masih ada bapak-bapak yang bersikap akulah raja di rumah!



Dah kahwin, jadi Raja Sehari..

Masa tu memang raja la, semua benda orang layan hang.

Tapi, bila dah jadi bapak, status raja tu mungkin boleh dibincangkan semula.

Bukan apa, ketika suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan ni, bapak kena kerja, mak pun kena kerja.

Jadi, kalau bapak-bapak masih mahu dilayan seperti raja dengan bertindak dok saja tanpa bantu sikit-sikit hal anak-anak, mungkin dah tak valid untuk zaman ni.

Bukan apa, zaman sekarang ni, anak-anak perlu lebih perhatian.

Sebabnya banyak teknologi canggih yang dok ada sekarang ni mudah berikan perhatian kepada anak-anak kita sehingga membentuk sejenis pemikiran yang tak dapat kita nak bayangkan.

Kalau kurang perhatian dan tunjuk ajar daripada kita sebagai mak bapak, maka, ia berisiko kepada urusan hidup kita di kemudian hari nanti.

2. Kesian, ramai jugak bapak-bapak kemurungan akibat kurang perhatian pasangan.

HAHAHAHA! Ini juga situasi pelik yang berlaku sekarang ni.

Ada kumpulan bapak-bapak yang terpaksa berusaha lebih untuk meyakinkan pasangan mereka hanya untuk melakukan aktiviti dengan kawan-kawan!

Tak kurang daripada tu, ada jugak yang dituduh kena penyakit TB dek kerana setiap kali nak keluar, kena pujuk rayu serta ‘beli jiwa’ sebaiknya untuk yakinkan pasangan sendiri.

Ok, ini juga petanda kemurungan.

Asasnya, kerap kali berlaku bila kita kurang beri perhatian kepada urusan rumah tangga, kejadian ini selalu berlaku.

Rantaian prosesnya begini; bila kita kurang membantu dalam proses urusan rumah tangga, maka kita akan ‘terlepas’ beberapa detik penting dalam proses kematangan rumah tangga tu.

Dari ketiadaan kita di sepanjang proses itu menyebabkan kita kurang dapat kawal sebarang keputusan yang dibuat oleh pasangan ataupun anak ke atas kejadian dalam rumah tangga kita.

Diburukkan lagi dengan sikap sambil lewa akibat ‘akulah raja di rumah’, maka kepercayaan pasangan kita pun kerap kali tergugat.

Tapi, jaga-jaga!

Wanita berkerjaya biasanya cepat saja ambil kesempatan daripada suami yang rajin membantu hal rumah tangga untuk ‘rampas kuasa’ kita.

Jadi, pandai-pandailah nak pastikan kita dapat perhatian pasangan sebaiknya dan pada masa sama memberi bantuan sewajarnya dalam uruskan hal rumah tangga.

3. Eh! Dah tua!!

Jadi bapak ni prosesnya amat meletihkan dan ia mengakibatkan masa berjalan sangat pantas.

Akan tetapi, bila kita enjoy melakukan aktiviti dengan anak-anak, biasanya kita tak sedar masa berlalu.

Selepas banyak proses kita lalui, setiap foto dan video yang kita rakamkan, kita akan sedar bahawa tua mengejar dengan pantas.

Hati-hati juga!

Kesihatan diri kena sentiasa jaga, agar kita sentiasa cergas dan muda di mata anak-anak.

Sebab ramai yang terleka bahawa anak-anak sentiasa membayangkan bapak-bapak ni la hero dalam hidup mereka.

Semoga bermanfaat!
Cerita Bapak-bapak Moden
June 17, 2020
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Hebat!