Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Normal Baharu di Astro AWANI banyak mengubah kehidupan


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia nyata berubah.

Perubahan yang berlaku adalah diakibatkan oleh gaya hidup serta cara hidup kita juga berubah akibat amalan harian yang dilakukan terpaksa diubah bagi membolehkan manusia terus hidup dengan ancaman virus paling dahsyat abad ini, iaitu COVID-19.

Kata orang, setiap perubahan yang ingin dilakukan dalam hidup bermula dengan amalan kita sepanjang tujuh hari pertama.

Namun, hari ini sudah masuh hari ke 62 kita di bawah PKP biarpun kelonggaran telah mula diberikan dengan syarat-syarat tertentu yang perlu kita patuhi.

Jadi, muncul terma baharu yang menjadi bualan ramai iaitu Normal Baharu.

Apa maksud Normal Baharu?

Ada yang panggil Normal Baharu, Norma Baharu, Kebiasaan Baharu mahupun Resam Baharu.

Semua ini mempunyai makna yang hampir sama, tetapi asasnya tetap serupa, iaitu, memastikan manusia dapat mengadaptasi kehidupan dengan lebih mudah seiring dengan perubahan operasi kehidupan ketika ini.

Kalau dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baru memberi definisi linguistik ke atas frasa ini memberikan maksud yang berbeza mengikut bidang.

Perkataan New Normal atau Kebiasaan Baharu membawa maksud tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Dalam hal perundangan pula, New Norm atau Norma Baharu pula merujuk kepada peraturan baharu yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.


Kenapa Normal Baharu?

Soalan ini antara yang paling banyak ditanya ketika frasa ini mula digunakan ketika penguatkuasaan PKP diperketatkan yang memaksa manusia untuk mengubah cara hidup mereka.

Mungkin sebelum ini, kehidupan normal kebanyakan orang adalah bangun pagi, pergi kerja bermula 9 pagi sehingga 6 petang.

Situasi PKP telah menyebabkan banyak orang yang kerja waktu pejabat terpaksa beradaptasi untuk bekerja di rumah atau bercuti sementara cara operasi baharu diperkenalkan.

Itu bagi mereka yang kerja makan gaji dan kerja ikut waktu pejabat.

Bagaimana pula dengan mereka yang kerja secara freelance ?

Selama ini mungkin mereka perlu keluar dan berjumpa dengan client untuk pastikan kerja siap.

Jadi, dengan Normal Baharu yang ada, kita semua terpaksa menjadi lebih kreatif serta memanfaatkan teknologi semasa untuk memastikan kehidupan dapat diteruskan.

Mungkin ada banyak perubahan yang perlukan kita untuk kuat dalam menghadapinya.

Biasa la, setiap perubahan memerlukan pengorbanan.

Setiap pengorbanan semestinya membawa nilai baharu dalam kehidupan kita.

Semoga kita semua terus diberi ilham yang baik dalam mendepani Normal Baharu kehidupan akibat penularan wabak keji COVID-19 ni.


dunia bekerja
May 17, 2020
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Hebat!