Masa untuk lebihkan bersyukur



Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangguan digital yang badai sama hebat dengan arus perubahan politik Malaysia.

Masuk saja tahun 2020, pertemuan dengan sahabat-sahabat sekerja ternyata memberi refleksi berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Kalau sebelum ini, kami di tempat kerja sentiasa berfikir bagaimana strategi untuk terus relevan dan inovatif demi KPI yang telah disusun sejak awal tahun kewangan sebelum ini, kini suasananya nyata berbeza.

“Macam mana lagi kita nak wujudkan peluang kerja untuk kawan-kawan yang hilang kerja tu?” Antara persoalan besar yang tiada jawapan sehingga kini.

“Macam ni la Hilal, kita yang ada kerja ni kena lebih bersyukur, sebab masih ada kerja.

“Buat kerja sehabis baik, kalau stress hang uruskannya dengan baik!

“Tak payah nak pening-pening kepala sampai ganggu kesihatan hang!” pesan seorang sahabat.

Kata dia, dah masuk dekad baru ni, kita wajib dan kena untuk kembali menjadi seorang yang bersyukur.

“Hang tau ka, lagi kita syukur, maka lagi banyak positive energy akan kita dapat. 

“Lagi satu, hang jangan lupa untuk sedekah jugak! Especially kat family member yang mungkin dalam kesusahan,” tambah dia lagi.

Betul la juga, bila kita bersyukur maka kita akan lebih banyak refleksi diri.

Sentiasa ambil berat dengan setiap perbuatan mahupun percakapan kita setiap saat agar semuanya berlaku dalam keadaan cermat dan harmoni.

Bukan la nak suruh hangpa jadi alim mubarak sangat, tapi sekurang-kurangnya dengan bersyukur, kita akan lebih kenal fungsi hidup kita lantas sentiasa menjadi positif dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Dari situ akan timbul semangat kerja, keikhlasan dan juga rasa bertanggungjawab dengan setiap butir kerja yang kita lakukan.

Biasa la, kerja dalam bidang media ni cabaran dan dugaan dia besar!

Kalau silap bawa diri, takut-takut tergadai body!

KamiAWANI
January 8, 2020
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Hebat!