Foto Astro AWANI / Shahir Omar |
Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka kita pun beramai-ramai akan mula memasang cita-cita dan angan-angan baharu untuk memastikan hidup lebih bahagia dan baik.
Itu biasanya dipanggil 'azam tahun baharu'.
Akan tetapi, ramai jugak yang pakat berusaha melakukan 'dakwah' menerusi ruangan komen di page-page besar penontonnya pakat dok kata itu tak boleh ini tak boleh.
Bagi aku, bukan tak bagus usaha tu, cumanya adaptasi 'dakwah' yang dibawakan menerusi ruangan komen tu macam kurang sesuai dengan tahun 2020.
Sebabnya, usaha mengajak orang lain melakukan kebaikan perlu dimulakan dengan tindakan yang juga seiring dengan usaha kebaikan itu sendiri.
Jadi, bila dah masuk dekad baru ni, tahun pulak amat signifikan dengan impian banyak pemimpin dunia sebelum ini, maka tibalah masanya untuk kita beramai ramai hijrah atau berubah untuk melakukan sesuatu sesuai dengan keperluan semasa.
![]() |
Foto Google Doodle 2020 |
Ini bukan nak suruh ubah apa yang diajarkan dalam kitab!
Nanti ada pula yang kata aku cuba tegur semberono saja.
Tapi adaptasi memberi mesej atau menulis sesuatu di ruangan awam perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa.
"Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim)
Selamat Tahun Baharu 2020!
Didoakan kita semua berjaya kecapi impian dan angan-angan... ;)
related posts
Inspirasi
December 31, 2019
0
Comments
Post a Comment
Sebarang komen amatlah dihargai.