Kisah bunga Refflesia di Pahang



Hampir semua rakyat Malaysia tahu bahawa bunga paling besar di dunia yang menjadi antara tarikan penting biodiversiti negara ini ialah bunga Refflesia!

Tapi, bunga Refflesia ni terkenal dengan kewujudannya di Borneo atau lebih spesifiknya di Sabah.

Tahu tak, bunga Refflesia ni juga hidup dekat hutan di Pahang?

Ha, mungkin trivia ni agak menarik untuk kita semua.

Satu masa dulu, aku sentiasa berimpian untuk tengok dan alami sendiri macam mana rupa pokok parasit yang menjadi bunga terbesar di dunia ni.

Sanggup la masa dok kat Sabah dulu aku pi panjat Gunung Kinabalu untuk cari dan tengok, tapi nasib tidak menyebelahi aku sebab aku hanya diberi peluang untuk tengok bunga Refflesia yang dah kering saja!

Tapi, alhamdulillah baru-baru ni dapat tengok bunga Rafflesia kat Raub, Pahang saja!

Terima kasih kat Majlis Belia Raub dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang yang buat aktiviti untuk masyarakat setempat pi jadi saksi kewujudan spesis tumbuhan yang jadi tumpuan perogol alam sekitar.

Ya la, bunga cantik sapa tak suka kan?

Tau pulak bunga ni dikatakan ada khasiat tersendiri dalam hal perubatan.

Masa dok sembang-sembang dengan renjer hutan yang bawa kami trekking tu, dia ada bagitau bahawa bunga Refflesia memang banyak kat kawasan sekitar Ulu Dong ni, tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, dia makin berkurang sebab ramai yang kutip dan jual.

Haih…..
Alam Sekitar
January 9, 2020
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Hebat!