Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan!
Ya la, angka 2020 ni merupakan tahun paling banyak wawasan, impian, angan-angan dipasang di seluruh planet bumi ni.
Ada yang berjaya dicapai dan ada yang belum berjaya dicapai
Akan tetapi, secara peribadi, aku jugak berbangga dengan pencapaian (di sebalik banyak juga cabaran) yang dilalui sepanjang dekad sebelum ini.
Tapi masuk saja tahun 2020, ia bermula dengan situasi mencabar, iaitu cabaran kesihatan.
Ha, ini penting untuk mereka yang ada plan nak berumah tangga!
Beringatlah, ada dua watak utama dalam satu-satu keluarga iaitu si suami dan juga si isteri.
Biasanya secara operasi yang berlaku, si isteri la paling sibuk dengan bermacam-macam urusan berkaitan rumah tangga.
Sekali dia down, maka kita sebagai pasangan sehidup semati, kena la berusaha melengkapkan kembali operasi rumah tangga kita.
Tapi, cabaran kali ni lebih menguji kesabaran sebab ia berlaku betul-betul tarikh 1 Januari 2020!
Waktu paling sibuk untuk orang yang bekerja.
Nasib baik la, anak belum sekolah! Doa-doa la moga semuanya dipermudahkan...
related posts
cinta
January 1, 2020
0
Comments
Post a Comment
Sebarang komen amatlah dihargai.