Hapuskan usahawan perasuah!



Ketika sambutan ambang tahun baharu 2020 baru-baru ini, ada antara sahabat terdekat berkongsi kerisauan dengan persembahan dron yang diadakan di Dataran Merdeka sebagai gimik sambutan.

“Weh macam cerita ‘Angle Has Fallen’ rasanya bila tengok 300 dron tu mai dekat orang ramai..” kata sahabat aku tu.

Bertitik tolak dari situ, aku pulun cari filem terbitan 2019 tu kat Astro On Demand dan nikmati jalan ceritanya.

Ya! ‘Benda terbang’ ni ada bahaya yang tersendiri.

Benda ni boleh diguna sebagai senjata yang cukup ampuh dalam melumpuhkan sebarang usaha keselamatan yang pernah wujud di muka bumi ni.

Ya la kan, benda terbang dengan saiz kecil dan boleh dikawal manusia semestinya boleh mengundang pelbagai jenis bahaya terutamanya kepada pemimpin utama negara dan juga orang ramai yang ada.

Tapi, bila dah tengok filem ‘Angle Has Fallen’ ni, ada mesej lebih besar yang perlu kita beri perhatian.

Ahli politik digerakkan oleh usahawan!



Begini, setiap pemimpin politik pasti akan bekerjasama dengan pihak yang ada kepentingan di lokasi di mana dia memerintah.

Sebagai contoh dalam filem ni, Presiden Amerika yang memerintah seluruh negara tersebut ada kuasa untuk membuat dasar (atau polisi) demi kepentingan negara.

Dalam kes filem ni, Presiden Allan Trumbull menjadi sasaran usahawan syarikat teknologi perang hanya kerana beliau tidak setuju untuk menggunakan khidmat swasta dalam industri pertahanan Amerika.

Ya, kita tahu bahawa salah satu penyumbang terbesar ekonomi Amerika ialah melalui pembekalan aset pertahanan serta perkhidmatan berkaitan.

Malah, dalam perbincangan bersama Naib Presiden Martin Kurby pun mendapat sokongan.

Kata mereka, “perjuangan untuk negara berbeza dengan perjuangan untuk wang”.

Akan tetapi, usaha untuk membunuh Presiden Trumbull dalam filem ni menyerlahkan kesanggupan seseorang usahawan yang dahagakan kontrak kerajaan!

Individu itu bernama Wade Jennings yang sanggup memfitnah sahabat karibnya dalam tentera sebelum ini hanya untuk mendapatkan projek berbillion dollar jika perang ke atas Rusia dilancarkan.

Nampak tak?

Bila usahawan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘solution provider’, tetapi salah langkah akibat terlalu tamak, maka dia sanggup bunuh sesiapa sahaja termasuklah mereka yang takda kaitan dengan dia pun sanggup dia bunuh.

Kalau nak dikira usahawan sejati, tak perlu dia kalut nak kejar kontrak semata-mata untuk terus ‘hidup’!

Sebab, asas utama menjadi seorang usahawan ialah untuk mendapat untung selama mungkin dengan stabil.

Memang tak dinafikan mendapat kontrak kerajaan itu boleh mendatangkan untung berpanjangan dan stabil, tetapi jika ia dilakukan menerusi jalan rasuah dan membunuh, maka ia bukanlah sesuatu yang sihat.

Paling buruk, ia tidak langsung menyerlahkan moral seorang manusia yang sifatnya berakal.

Jadi, apa pentingnya untuk kita?

Penting untuk kita faham bahawa budaya rasuah ni bukan saja penting untuk kita tangkap si penerima rasuah semata-mata!

Segalanya bermula daripada si pemberi rasuah!

Kalau dia sanggup beri rasuah, bermakna laluan bisnes itu sudah mula menunjukkan jalan yang tidak sihat.

Maka di situ bermulanya segala bencana kepada sesebuah negara.

Hapuskan usahawan pemberi rasuah!

Kalau hangpa ada fikir nak berbisnes, pilihlah jalan yang penuh integriti agar pendapatan itu halalan toyyiban.

Malaysia
January 6, 2020
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Hebat!