Ritual Feri Pulau Pinang



Setiap kali balik Penang, seperti biasa, Zayyan akan sentiasa mintak nak naik feri.

Bila nampak muka Wan dengan Omey dia, maka dia akan teruih sebut FERI!

Tak tau apa yang melekat sangat di kepala dia, tapi feri Pulau Pinang tetap di hati setiap kali kami balik Penang untuk sesi recharge!

Kali ni, ritual feri Pulau Pinang sengaja aku rakamkan sebagai pencetus semangat untuk dekad baru 2020 yang bakal bermula kurang 24 jam dari sekarang!

Tahun Baharu 2020 pastinya akan membawa cabaran tersendiri buat aku dan keluarga.

Kami bakal terima ahli keluarga baru, dan banyak lagi achievement yang mahu dicapai sepanjang 2020 ni.

Mungkin apa yang telah berlaku di dekad baru-baru ni cukup banyak untuk memberikan pengalaman terbaik dalam mendepani cabaran baru.

Apa yang pasti, dekad baru ini akan memasuki dimensi baru bila anak-anak yang dok ada ni akan mula bersekolah.

Bagaimana rupa sekolah depa? Atau bagaimana cikgu-cikgu kat sekolah?

Sama-samalah kita nantikan dan bayangkan.

Selamat Tahun Baharu 2020!
Feri
December 30, 2019
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pantang kalah.

Ada sejenis manusia di sekeliling aku yang aku jumpa dari spesis nih. Untuk be…

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…

Hebat!