Menurut laporan CNN, Oscar Alberto Martinez, isterinya dan anak perempuan berusia hampir 2 tahun, Angie Valeria Martinez serta sepupunya telah tiba di pintu sempadan pada Ahad.
Akan tetapi, akibat terlalu banyak karenah birokrasi yang terpaksa dihadapi termasuk perlu menunggu giliran yang lama, Martinez mengambil keputusan untuk merentas sungai Rio Grande.
Nasib tidak menyebelahinya apabila dia dan anak perempuannya lemas ketika cubaan berkenaan.
Menurut ibu Martinez, anaknya sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai pizza dan sentiasa mencari jalan untuk mengubah nasib keluarganya.
Dia bercadang untuk memulakan hidup baru di Dallas, Texas.
Kejadian ini membuktikan bahawa negara maju seperti Amerika Syarikat juga bergelut dalam mengawal lambakan warga asing yang mahu memperbaiki kualiti hidup mereka.
Namun, melihat kembali peluang serta keadaan di Malaysia, kejadian yang berlaku kepada keluarga Martinez ini nyata membawa mesej keinsafam buat kita.
Bukanlah sekadar untuk bersedih, tetapi untuk kita lebih mensyukuri dengam nikmat keamanan serta kemakmuran di negara ini.
Biarpun kita kerap kali diguris dengan kenyataan berbentuk cadangan oleh birokrat negara, perjuangan untuk mengekalkan kebahagiaan sedia ada perlu diteruskan.
Takkanlah setiap kali ada cabaran saja kita nak mengalah?
related posts
Amerika Syarikat
June 30, 2019
0
Comments
Post a Comment
Sebarang komen amatlah dihargai.