Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk belajar pandai-pandai.

Bukanlah maksudnya belajar untuk memandai melakukan sesuatu tanpa sebarang ilmu, tetapi belajar sehingga pandai!

Pandai boleh merujuk kepada macam-macam jenis, antaranya pandai buat duit, pandai bawa diri, pandai berbudi bahasa, pandai buat anak dan macam-macam jenis pandai lagi yang wujud di dunia ini.

Dalam konteks sekarang, tekanan ekonomi antara perkara yang kerap jadi perbincangan ramai!

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”
Rumah jenis ni antara cita-cita aku - Foto Hilal Azmi


Ada yang kata belajar dah sampai ijazah pun, gaji dok kecik macam tu juga!

Ada juga berpendapat, belajar tinggi-tinggi pun, peluang kerja masih sedikit sampai menyebabkan mereka yang ada ijazah sarjana atau doktor falsafah sekalipun terpaksa melakukan kerja di bawah kedudukan atau level yang sepatutnya.

Lebih parah lagi, ramai juga yang redha dengan ketentuanNya maka kerjalah mereka sebagai penjawat awam (yang dipercayai membayar dengan tangga gaji ‘sepatutnya’ mengikut kelulusan seseorang).

Kalau di sektor swasta, sekiranya pelajaran anda tinggi sekalipun, andai kemahiran itu tidak membawa erti kepada syarikat, maka tiadalah maknanya kelulusan anda itu kepada bayaran gaji yang anda dambakan.

Itulah normalnya kehidupan kita, apabila tangga gaji dikira sebagai pengukur kejayaan.

Ya la! Nombor itulah yang mengukur keupayaan seseorang untuk bergerak mahupun meneruskan hidup.

Akan tetapi, ukuran pandai tetap tiada akhir walaupun banyak peperiksaan telah kita hadapi sejak di bangku sekolah.

Apakah makna pandai yang cuba diketengahkan orang tua kita?

Aku rasa la, pesanan yang dibawakan orang tua kita tu amat dalam maksudnya.

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”
Jalan hidup ini berbeza - Foto Hilal Azmi


Mungkin maksudnya begini;

Hidup senang = kehidupan yang tidak meminta-minta atau mengemis di bumi sendiri.

Belajar pandai-pandai = keep on learning! Hidup ini cukup sesuai untuk mengajarkan kita sesuatu agar menjadi yang lebih baik.

Kadangkala orang yang ada PhD pun belum tahu erti budi bahasa dan hidupnya tetap susah ketika melakukan kerja.

Kadangkala orang kaya pun lembap membuat keputusan hanya kerana gagal menjadi pandai untuk menaakul risiko dengan cermat dan cepat.

Jadi, maksud belajar pandai-pandai itu boleh jadi, tambahkan ilmu tanpa pernah jemu untuk pastikan kita pandai segala segi demi memudahkan operasi hidup sesama manusia demi kebahagiaan akhirat.



Okay? Boleh setuju?

Kalau ada pendapat lain, komen la!
Motivasi
July 24, 2019
0

Comments

Search

Popular Posts

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen …

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Hebat!