Belajarlah daripada Spiderman!

Filem terbaru keluaran Marvel Studios, Spiderman: Far from Home merupakan filem yang amat dinantikan peminat filem adiwira seluruh dunia.

Sebabnya, filem ini dikatakan menjadi filem penutup untuk filem Marvel Fasa 3 dalam Marvel Cinematic Universe!

Perkara yang perlu kita pelajari daripada Spiderman: Far from Home
Foto oleh Jay Maidment - © 2019 CTMG, Inc. All rights reserved.

Ok kita ketepikan tentang siapa akan berada dalam senarai terbaru The Avengers selepas keluaran semula filem Avengers: Endgame.


Kisah Peter Parker dalam Spiderman: Far From Home kali ini memang mengujakan aku!

Tom Holland yang melakonkan watak utama ini dilihat sangat berbakat dalam membawa karekter individu dalam generasi millenial.

Apa cabaran utama generasi millenial?

Melalui filem Spiderman: Far From Home, watak Peter Parker yang berada di zaman persekolahan masih belum cukup matang untuk menjadi adiwira dunia.

Pemikirannya masih terperangkap untuk bertanggungjawab atas keselamatan komuniti sekitarnya sahaja.

Jadi, apabila dia dibekalkan dengan keupayaan teknologi (hasil tinggalan Tony Stark yang bernilai berbillion dollar), Peter belum mampu menerimanya untuk digunakan dalam skala yang lebih besar.

Perkara yang perlu kita pelajari daripada Spiderman: Far from Home


Dia masih menganggap tugas seorang Spiderman hanya merujuk kepada tanggungjawabnya kepada komuniti setempatnya (yakni rakyat Amerika Syarikat) dan apabila dia dibawa untuk bercuti, dia tak mau pegang tanggungjawab Spiderman tersebut.

“Aku sedang bercuti!” Katanya yang diulang beberapa kali dalam babak yang berbeza.

Ini merupakan cabaran besar buat generasi millenial sekarang!

Kebanyakan mereka mempunyai idea besar serta mahu diberi ruang untuk bertanggungjawab atau pegang jawatan penting.

Akan tetapi, mereka kerap terlupa tatkala diberi peluang memegang tanggungjawab berkenaan.

Jadi, apa yang kita boleh belajar daripada Spiderman: Far From Home ?


Perkara yang perlu kita pelajari daripada Spiderman: Far from Home

Senang saja!

Jangan ulangi kesalahan yang telah dibuat Peter Parker!

Dah berdarah, cedera, menangis baru nak sedar bahawa ruang dan peluang yang diberi tu menjadi tanggungjawab penting untuk digalas.

Nasib baik dia boleh betulkan semula kesalahan tu, walaupun dia menghadapi cabaran lain (yang ni kena tengok babak selepas ending credit).

Senang cakap, walaupun kita muda, diberi ruang untuk melakukan salah, jangan sampai tanggungjawab yang diberi ditarik balik!

Bila peluang diberi, manfaatkan sebaik mungkin. Minimakan kesalahan bodoh yang pernah dilakukan orang muda terdahulu.

Maka dari situ, kita akan lebih pantas menjadi individu yang lebih baik dan berguna.

Selamat menonton Spiderman: Far From Home!
Filem
July 4, 2019
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…