Wednesday, June 19, 2019

Jangan sesekali 'bunuh diri'

Salah satu fasa terpenting kehidupan ialah fasa menjadi orang muda (iaitu berada pada umur antara 19 hingga 25 tahun).

Ketika fasa ini, hidup kita nyata berbeza berbanding sebelumnya kerana di usia ini biasanya kita akan mula berkenalan dengan kehidupan alam dewasa yang bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu meminta kebenaran sesiapa.

Malah, di usia ini juga kita akan senantiasa diperkenalkan dengan bermacam-macam jenis manusia serta makhluk lain yang bersifat unik dan pelbagai.

Di usia sebegini juga kita akan mula faham kenapa perlu wujud larangan atau undang-undang tertentu yang mungkin 'menyusahkan' kehidupan kita di alam remaja satu masa dahulu.

Akan tetapi, perlu diingat bahawa di usia ini jugalah ia akan membentuk peribadi dan siapa kita di fasa kehidupan seterusnya.

OK aku nak cerita kisah seorang pemuda yang berada pada usia yang aku sebutkan di awal penulisan ini.

Dia baru bergraduan (nyata sekali dia berusia pada lingkungan umur 21 atau 23 tahun).

Baru mula kerja, biasa la, akan ada macam-macam kejutan yang berlaku.

Biasanya kalau baru mula kerja dalam industri media dan penyiaran, kejutan demi kejutan akan dirasai dengan sikap senior yang datangnya dalam pelbagai rupa, warna, bentuk dan juga tahap kebijaksanaan.

Jadi, sebagai orang muda, waktu inilah kita akan belajar dan memahami karekter manusia dan membuat pilihan jenis manusia apa yang kita nak jadi.

Akan tetapi, sekiranya sesuatu yang kurang berkenan di hati berlaku, atau ada perkara yang mungkin mengganggu emosi dan spiritual anda, yang menyebabkan anda terpaksa cari peluang lain di tempat lain, maka diharap jangan sesekali melakukan perbuatan 'bunuh diri'!

Ya JANGAN BUNUH DIRI

Ada beberapa sebab penting yang perlu diberitahu tentang bunuh diri...

Pertama! Janganlah bunuh diri secara fizikal... Kalau isu kecik, tak kena dengan minat dan stress kerja sikir-sikit tu, takkan la sampai nak ambil nyawa sendiri kan?

Tak berbaloi langsung nak bunuh diri sebab stress kerja.

Perlu diingat bahawa orang ramai yang tak kerja pun stress. Ini pulak nak stress kerja, lepas tu bunuh diri.

Ok, maksud aku yang "Jangan 'bunuh diri'" ni ialah janganlh membuat sebarang percubaan yang meruntuhkan jenama diri yang telah dibina.

Monyet Waterfall Penang Botanical Garden
Monyet di Taman Botani Pulau Pinang kerap melakukan aksi yang mampu 'bunuh diri' - Foto HilalAzmi.com

Setiap orang ada jenama yang tersendiri, dan jenama itu disokong dan dilengkapkan dengan cara kita berkomunikasi, cara berjalan, cara uruskan stress, cara kita berfikir dan macam-macam lagi.

Salah satu sebab kita diambil bekerja di mana-mana tempat pun, semuanya bergantung kepada jenama diri kita sendiri.

Biasanya jika jenama kita mampu melengkapkan jenama tempat kita kerja, maka biasanya kita akan diambil bekerja di situ.

Berbalik kepada cerita jangan 'bunuh diri' tadi, aku terperasan ada satu hal yang amat membahayakan dalam kalangan orang muda kita.

Apabila dah bertukar tempat kerja, atau dah melakukan penghijrahan ke tempat lain, tempat lama dibuang begitu sahaja malah ada juga yang bergaduh dengan tempat kerja lama.

Orang putih cakap take care to not burn your bridges, maksudnya hang jangan gatai nak 'bakar' atau musnahkan hubungan sedia ada.

Sebab apa?

Sebabnya untuk hang mintak kerja di tempat lain, di resume, tetap hang letak nama company lama tempat hang kerja.

Begitu juga perhubungan dengan manusia lain, kalaupun kita dah clash dengan mana-mana awek, takkan la kita buang dia sehabis-habisnya?

Kita bukan tahu, di masa depan, awek tu akan datang dan tolong kita balik..

Ha... Jagalah diri sebaiknya. jangan sesekali 'bunuh diri'. Kalaupun kamu benci sangat pun, bencilah secukup rasa.

Takut-takut kita termati nanti, orang yang kita benci tu datang tolong uruskan mayat kita. ;)

Mee Rebus Udang
Kalau stress, makan la mee rebus udang dulu! Makan pedas punya version! - Foto HilalAzmi.com


Sebarang komen amatlah dihargai.