Wednesday, March 6, 2019

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian.

Nak cari duit untuk rumah, isteri, anak, pengasuh, susu, pampers, makan anak dan macam-macam lagi.

Akan tetapi, trend anak-anak yang lahir sejak tahun 2010 semakin hebat dengan perkembangan teknologi semasa yang membolehkan mereka lebih mesra untuk berinteraksi dengan gajet.

Mungkin bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk dan memerlukan masa tidur yang lebih, akan memanfaatkan kelebihan gajet untuk menjadikan anak mereka duduk diam dan tenang.

Tapi, bila dok bersembang dengan kawan-kawan yang ada anak kecil, rupanya ada perangai yang hampir sama.

Bagi aku, ia merupakan tanda-tanda anak kita terlebih tengok gajet:

  1. Biasanya anak kita akan menolak apa saja permintaan kita seperti disuruh makan dia tak mahu, disuruh kemas mainan dia tak mahu.
  2. Kita panggil dia buat tak tahu saja
  3. Sebarang bunyi yang berlaku di sekeliling juga tidak memberikan kesan kepada dia.

Jadi, disebabkan takut berlaku masalah lain di masa akan datang, aku pun cuba beberapa kaedah untuk kurangkan anak tengok gajet.

Main kejar-kejar atau ubah kereta dalam rumah pun boleh kurangkan kebergantungan dengan gajet - Foto Hilal Azmi


Antaranya ialah dengan meningkatkan aktiviti fizikal bersama anak-anak.
  1. Ajak anak kita berbasikal
  2. Main kejar-kejar (paling senang sebab dalam rumah pun boleh main)
  3. Keluar ke taman permainan
  4. Berenang di kolam renang atau mana-mana tempat yang selamat
  5. Bawa anak-anak ke taman haiwan
  6. Zumba bersama
  7. Macam-macam lagi...
Aktiviti fizikal ni antara yang menarik dan paling berkesan untuk 'melemahkan' anak kita supaya dia senang tidur.

Melalui aktiviti fizikal ni, biasanya banyak kemahiran baru akan diteroka dan berdasarkan pengalaman aku, setiap kali dia keluar bermain, pasti ada kemahiran baru yang diteroka anak aku.

Banyak manfaat dengan aktiviti fizikal ni, bukan saja kita pun keluar peluh, tetapi perkembangan anak-anak juga meningkat.

Sebarang komen amatlah dihargai.