Persediaan menjadi boss

Sekejap sahaja kita dah masuk bulan Mac.

Ia merupakan bulan terakhir untuk suku pertama tahun 2019 yang mana kalau anda sedang berniat nak berniaga dah kena buat persediaan untuk menjadi boss secepat mungkin.

Bulan Februari lalu sangat pendek, macam-macam perkara dah berlaku dan banyak berita yang boleh kita pelajari dan insafi untuk kebaikan diri, keluarga dan masa depan kita.

Di Astro, 28 Februari lalu, secara rasminya merupakan hari terakhir bagi lebih kurang 500 warga yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Aku percaya ramai juga yang akan memulakan perniagaan sendiri dan mula menjadi boss kepada perniagaan masing-masing.

Jadi, persediaan yang paling penting bila jadi boss ialah kena pandai jaga anak buah.

Akan tetapi, tip untuk boss yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia paling menarik untuk kita contohi dan ambil perhatian sebab ia penting untuk persediaan menjadi boss.


  1. Jangan suka mencari kesalahan dan kesilapan pekerja.
  2. Amalkan sikap terbuka serta berbincang dengan pekerja jika ada perkara yang tidak memuaskan hati.
  3. Teguran perlulah dibuat secara individu dan tertutup
  4. Beri pertimbangan sewajarnya untuk perkara yang berkaitan dengan masalah keluarga dan penyakit.
  5. Tingkatkan pengetahuan mengenai kesihatan mental.
  6. Jadikan sikap hormat-menghormati serta komunikasi berkesan sebagai budaya di tempat kerja.




bossku
March 2, 2019
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Hebat!