Mari kita belajar daripada kisah taubat Barisan Nasional

Kejayaan Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih hujung minggu lalu merupakan satu detik penting untuk kita belajar daripada kisah taubat Barisan Nasional.

Bukan apa, mereka telah jatuh terduduk seret dan terpelahang semasa Pilihan Raya Umum Mei 2018 lalu.

Biarpun Barisan Nasional pada ketika itu mempunyai kuasa yang cukup dari segi infrastruktur, jentera parti, kewangan dan gerak kerja, mereka tetap kalah semasa pilihan raya lepas.

Namun, selepas lebih sembilan bulan menjadi pembangkang di negara ini, mereka nampaknya mula bertaubat dengan penuh zuhud.

Barisan Nasional menang PRK Semenyih - Foto Shahir Omar / Astro AWANI


Mungkin kerana mereka telah diIslamkan dengan baiknya oleh PAS. Mungkin jua kerjasama dengan PAS menjadikan proses taubat nasuha Barisan Nasional berjalan dengan lancar.

Kalau sebelum ini, Barisan Nasional dikenali sebagai sebuah parti yang angkuh, sombong dan berlagak, kini mereka lebih mesra dan turun ke Tesco Semenyih untuk membeli belah ke lapangan dengan penuh santun dan murah dengan senyuman yang lebih ikhlas.

Sebelum ini, mereka mungkin menggunakan wang sebagai janakuasa pergerakan jentera, tetapi kini mereka memanfaatkan slogan 'malu apa bossku' sebagai janakuasa pergerakan jentera.

Mungkin jua sebelum ini mereka yang menguruskan hal komunikasi jentera siber sibuk jana pendapatan dengan hasil wang politik memberi arahan semata-mata tanpa meneliti setiap perbualan rakyat di dunia maya, kini mereka lebih tersusun dalam memasang 'perangkap' dan modal politik untuk diviralkan sehingga sokongan memihak kepada Barisan Nasional.

Aku berpandangan bahawa taubat ini memang memberikan kesan baik untuk Barisan Nasional.

Malah, strategi bekerjasama dengan PAS (yang maha hebat dalam pergerakan jentera di peringkat akar umbi) turut dilihat mampu beri kesan positif kepada kerjasama politik kedua-dua pihak.

Jadi, menjelang #SetahunMalaysiaBaharu , aku mencadangkan kepada pimpinan kerajaan Pakatan Harapan untuk terus belajar daripada kisah taubat Barisan Nasional ni...

Bukan apa, Barisan Nasional ni walaupun dah bertaubat, syaitan masih kuat membisik kat depa untuk minta depa kembali kepada perangai asal.

Pandai-pandai lah.....

Barisan Nasional
March 3, 2019
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!