Ikea Batu Kawan, Penang nak buka!!

Bagi peminat perabot pasang sendiri, semestinya jenama IKEA menjadi buah mulut anda dan rakan-rakan dan kat Penang, ramai yang pakat dok tanya bila IKEA Batu Kawan, Penang nak buka?

Bukan apa, bila dok ronda-ronda tepi Design Village, ramai yang dah mula nampak logo IKEA terpampang dekat situ.

Naik Jambatan Sultan Abdul Halim pun dok nampak juga IKEA tepi jalan tu...

Bila ramai dok tanya bila IKEA Batu Kawan, Penang nak buka? Aku pun tergerak la nak kongsi berita gembira ni.

IKEA Batu Kawan, Penang bakal dibuka 14 Mac 2019!

Sumber Foto: IKEA Malaysia


Ya benar, 14 Mac 2019 menjadi tarikh pembukaan rasmi IKEA Penang.

Aku percaya, pembukaan IKEA Batu Kawan ni mesti akan jadi mercu tanda baru buat warga di Koridor Utara, sebab lebih banyak inspirasi baru akan timbul hasil curahan idea yang dikongsikan menerusi bilik pameran IKEA.

Jangan terkejut la lepas ni kalau kita pi makan kat rumah kawan-kawan kat Penang, Kedah sampai ke Perlis tu, depa pakat pakai cawan atau pinggan IKEA....

Lokasi IKEA Batu Kawan ni senang saja, hangpa ikut signboard Batu Kawan, inshaallah sampai dan akan nampak IKEA kat tepi jalan.

Bagi aku dengan pembukaan IKEA Batu Kawan, Penang ni, melonjak la sikit ekonomi kat Penang tu.

Peluang pekerjaan dengan syarikat world class pun bertambah biarpun IKEA pernah umum VSS kat staff dia di negara lain la sikit.

At least anak-anak Penang / Kedah / Perlis boleh la merasa kerja kat IKEA... Kan?

Sumber Grafik: IKEA Malaysia



Makluman
March 4, 2019
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!