Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi.

Ia menjadi perkara yang amat menakutkan semua orang terutamanya golongan ibu bapa sehingga ada yang sanggup melabur dengan membeli pelbagai gajet untuk mengenal pasti lokasi sebenar anak-anak mereka.

Berdasarkan pengamatan di kawasan bandar, rata-rata kita semua kini amat kurang untuk bekomunikasi dengan jiran.

Satu masa dahulu, para ibu bapa tenang sahaja tanpa perlu berfikir lebih jika anak mereka mahu ke kedai.

Kalau duduk rumah kontena pun kena kenal jiran kita - Foto Hilal Azmi, GBS Eco Tourism Ulu Yam


Bukan kerana tidak mahu ambil tahu atau terlalu yakin dengan soal keselamatan awam, tetapi zaman itu, suasana hidup berjiran amat baik dan saling memahami.

Cuma, di zaman sekarang ni, kita mungkin terlalu bersikap individualisitik dalam kehidupan.

"Tak mahu menyibuk hal orang lain!", antara ungkapan yang sering kita dengar.

Hakikatnya, menyibuk dan ambil maklum tentang jiran amatlah penting.

Di sinilah datangnya rasa saling menjaga wujud yang membolehkan keselamatan komuniti berada di tahap tertinggi.

Kita perlu ingat bahawa pihak berkuasa tidak cukup tangan untuk menjaga keselamatan semua orang.

Tetapi, dengan kerjasama sesama komuniti, ia mampu memberi impak berbeza berbanding hanya mengharapkan si 'tukang jaga' yang mungkin tidak gagah seperti superhero yang lain.

Sekurang-kurangnya, ambil tahu siapa yang tinggal di kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah rumah kita.

Bila ada orang asing, senang untuk kita ambil tindakan.

kehidupan kota
February 11, 2019
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!