Friday, February 1, 2019

KL, Labuan dan Putrajaya...

KL atau Kuala Lumpur...

Kota impian bagi pemuda yang inginkan kemajuan dan kebebasan.

Di sini rentaknya pantas, jiwanya keras, rencamnya luas...

Namun di sinilah tempat jenama dibangunkan, semangat dikobarkan dengan bantuan jenama Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang gah di mata dunia.

Dengan inspirasi menara berkembar inilah, semangat dan usaha harus sama berkembar dan berganda demi meletakkan diri sebagai sebuah jenama yang menggegarkan dunia.

Tak pernah jemu memandangmu - Foto Hilal Azmi

Akan tetapi, bagaimana dengan Labuan?

Rentaknya mungkin tidaklah sepantas KL...

Ramai juga yang menganggap rakyatnya sama saja seperti warga Sabah yang lain.

Di sini ada kelebihan tersendiri.

Tanpa Labuan, nescaya sampel projek akhir tahun aku juga tidak lengkap.

Di sini letak seribu harapan yang dinantikan saban kurun yang tidak kunjung tiba.

Harapan tinggal harapan... Labuan tetap jadi lokasi persinggahan warga Brunei di hujung minggu...

Ramai tak tahu Labuan mempunyai banyak kampung yang cantik - Foto Hkhtt


Putrajaya titik baru pentadbiran kerajaan persekutuan.

Ia juga sampel realiti masa depan Malaysia.

Di sini kita dapat lihat peri pentingnya perubahan mentaliti.

Segala kemudahan awam lengkap, kemudahan pengangkutan awam juga paling efisien berbanding bandar-bandar lain,

Tetapi, jalannya masih sesak. Bukankah di sini jumlah keretanya dihadkan?

Apakah kerana cash is king telah memusnahkan roh asal kewujudannya?


Semangat Malaysia di Putrajaya sentiasa memuncak - Foto Hilal Azmi


Selamat Hari Wilayah Persekutuan...
Terima kasih kerana sentiasa menginspirasikan daku...

Sebarang komen amatlah dihargai.