Apa patut kita buat bila terasa kita dipergunakan?

Setiap hari, kita akan berdepan dengan pelbagai cerita dan karenah manusia.

Dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, ada sahaja cabaran yang menanti.

Paling menarik, bila kita kerja dalam pasukan yang memerlukan komitmen tidak berbelah bahagi untuk memastikan pasukan yang kita sertai terus menempa nama sebaiknya.

Akan tetapi, pasti akan wujud satu hari di mana kita rasa diri kita dipergunakan!

Jangan pernah mengalah seperti mereka ini - Foto Hilal Azmi


Ya! Ia mungkin akan berlaku kepada anda sehinggakan anda merasakan setiap usaha tersebut tidak berbaloi untuk diusahakan sebaiknya hanya kerana usaha yang dilakukan seolah-olah hanya kita saja yang buat kerja tetapi ahli kumpulan yang lain hanya tumpang menunggang nama di sebalik usaha kita.

Memang keji rasanya, akan tetapi ada banyak perkara yang boleh kita lakukan demi memastikan hidup kita kekal bahagia biarpun terasa bagai dipergunakan:

1. Teruskan komitmen dengan cemerlang.




Orang yang hebat akan mampu melakukannya dengan terbaik. Akan tetapi sekiranya andalah harapan pasukan anda, maka lakukannya dengan baik. Ini kerana kita masih berada dalam pasukan berkenaan.

Maka melakukan kerja dengan kualiti yang terbaik masih diperlukan walaupun kita sakit hati.

Akan tetapi, percayalah bahawasanya pahitnya rasa di hati akan dibayar dengan kemanisan tak terperi di kemudian hari.

2. Abaikan si mulut jahat


Semestinya, bila kita dah luluh hati, jiwa dan perasaan, maka akan datang syaitan dalam bentuk manusia yang mempunyai rupa seperti mereka yang kita kenal.

Golongan ini akan lahir serta-merta dengan diciptakan bersama mulut dengan kebijaksanaan kata-kata keji yang luar biasa hebatnya.

Maka mereka ini akan senantiasa membawakan mesej-mesej terkini yang akan terus meruntuhkan rasa semangat kita untuk terus melakukan dengan terbaik.

Paling tidak, mereka ini pasti akan mengajak kita untuk melakukan perkara keji dan mungkar yang berkemungkinan mampu merosakkan jenama baik kita.

Hati-hati! Abaikan saja mereka.

Mungkin sebab itulah mereka diciptakan untuk kekal berada di tempat sama tanpa sebarang perkembangan hidup dan kebahagiaan diri.

Yang membahagiakan mereka hanyalah mengeji orang lain.

3. Habis kerja, sila tinggalkan mereka!

Selesai sahaja kerja yang kita lakukan, pastikan ia berada dalam keadaan yang serba lengkap serta dipersembahkan dengan penuh mantap.

Selepas ia berjaya membuka mata mereka. Kita terus move on dengan projek lain tanpa perlu membabitkan kumpulan sama yang mempergunakan kita tadi.

Kalaupun kita tidak boleh elak, hadkan keupayaan atau ruang kerja anda untuk pastikan kita tidak hanya dipergunakan.



4. Jaga hubungan
Perhubungan kita dengan pasukan berkenaan mungkin tidaklah semesra dulu (yakni zaman sebelum kita dipergunakan).

Akan tetapi, sebagai individu yang hebat dan profesional, sebaiknya kita jaga hubungan itu.

Mana la tahu, tiba-tiba khidmat bakti kita diperlukan di masa depan. Kita bukan tau!




Pendapat
February 12, 2019
0

Comments

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…