Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen penyatuan rakyat Malaysia dan "Sedap Weh" menjadi kata kunci paling tepat menggambarkan makanan tradisi ini.

Dengan kewujudan Nasi Lemak, ramai yang sanggup beratur mahupun tunggu lebih 30 minit sekali pun hanya untuk menikmatinya dengan lauk yang digemari.

31 Januari 2019 menjadi tarikh yang cukup ikonik bagi Nasi Lemak.

Google Malaysia telah memperkenalkan Doodle khas Nasi Lemak yang turut menjadi penghias muka depan enjin carian bukan sahaja di Malaysia tetapi juga beberapa negara lain di dunia.

#GoogleDoodle ini turut dipaparkan di Australia, New Zealand, Jepun, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Ireland, serta beberapa negara lain.

Ia bagaikan sambutan 'Hari Nasi Lemak' yang dijadikan sebagai simbol penyatuan paling ampuh ketika ini.

Biarpun Nasi Lemak dimakan tak kira masa mahupun tempat, ia tetap menjadi pujaan dan ingatan seluruh warga Malaysia mahupun mereka yang telah jatuh cinta kepada Malaysia.

Makan
January 31, 2019
0

Comments

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!