Surat terbuka seorang bos yang prihatin

Kebanyakan kita yang bekerja kini kerap terperangkap dengan menjadi 'hamba kerja' sehingga mengorbakankan hubungan dengan keluarga mahupun rakan-rakan yang lain.

Baru-baru ini, tular status yang dimuatkan oleh seorang bos yang mahukan pekerjanya menguruskan masa sebaiknya.

Menurut Charity Delmo, beliau menggaji pekerjanya untuk membolehkan mereka menjadi individu yang mampu menanggung keluarga dengan kemahiran yang mereka ada.

"Saya tidak berniat untuk 'mengambil' anda daripada keluarga sehingga menyebabkan anak-anak kamu terabai.

"Jika datang satu masa di mana kamu perlu pilih samada aktiviti sekolah anakmu atau klien, maka pilihlah keperluan keluarga," katanya menerusi sebuah surat terbuka yang mendapat perhatian orang ramai.

Tegasnya, beliau percaya bahawa individu yang berbahagia di rumah mereka akan bekerja dengan penuh komited serta menghasilkan kerja yang berkualiti.

Alangkah indahnya jika kita memahami pentingnya keseimbangan antara dunia kerja dengan hidup berkeluarga.

Bukan sahaja kita boleh nikmati pendapatan yang memuaskan, tetapi juga kehidupan yang amat bahagia dengan pembangunan keluarga yang setimpal.

Maka janganlah kita menjadi hamba kerja sehingga terabai segala keperluan hidup iaitu keluarga.

Sekali keluarga pergi, maka tiada galang gantinya.

Berbeza dengan kerja, jika kita hilang atau mati, akan ada saja yang akan datang mengganti.





dunia bekerja
December 3, 2018
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Hebat!