Semangat 2018; Cabaran dan tips bahagia

Nampaknya tahun 2018 dah mula tiba di pengakhirannya.

Tahun 2018 mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai kejadian dan perubahan yang berlaku.

Kalau cakap bab perubahan kerajaan, memang kesannya cukup mendalam di semua peringkat sehingga ada pihak yang hilang pekerjaan akibat revolusi yang dipilih rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

Di sebalik perubahan kerajaan itu, kesan dominonya turut dirasai industri media negara apabila kita dapat lihat banyak portal dan syarikat media mulai menerima tekanan ekonomi luar biasa.

Realitinya, lebih ribuan pekerja dalam industri media ketika ini sudah hilang pekerjaan (samada secara paksa mahupun secara skim pemisahan sukarela, VSS dan yang senafsu dengannya) dan masih berusaha keras untuk terus hidup.

Selain media, banyak juga industri lain terkesan dengan revolusi perubahan ini dan ia mungkin trend biasa kepada negara yang mengalami revolusi terutamanya Malaysia yang baru pertama kali 'menikmati' perubahan ini.

Indeks Bahagia?








Secara peribadi, aku percaya kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini mengalami krisis dalam diri yang cukup dahsyat.

Indeks bahagia agak terjejas dengan keputusan-keputusan drastik yang dibuat majikan demi memastikan kelangsungan perniagaan.

Akan tetapi, indeks bahagia ini diubati dengan bahan hiburan yang cukup mencuit hati, jiwa dan perasaan dengan kita dapat melihat banyak filem box office berjaya dicatatkan tahun ni.

Sekurang-kurangnya ada tiga filem keluaran Malaysia mencatatkan kutipan melebihi RM30 juta.

Tengok tu, walaupun ekonomi mencabar, orang kita bijak mencari jalan keluar dengan kaedah berhibur sehinggakan jumlah kutipan filem tahun ini mencatatkan rekod baharu kepada RM150 juta!

Kaedah melawan cabaran 2018




Segala gelombang yang berlaku di tahun 2018 ini sebenarnya turut sama menghanyutkan perasaan dan pemahaman aku tentang beberapa perkara.

Syukurlah aku dikurnia 'pelampung' dalam bentuk makluman dan pesanan yang menjadikan aku terus 'timbul' dalam tsunami yang menimpa industri dan juga bidang pekerjaan negara.

Kalaupun kita sedih, sakit jiwa dan pening dengan perubahan yang maha laju di sepanjang pembentukan Malaysia Baharu, kita perlu terus pantas membaca dan meningkatkan pengetahuan semasa.

Sebabnya, politik itu datang dalam perlbagai bentuk, warna, bau dan juga rasa.

Kalau ia busuk, kita tebalkan bulu hidung atau semburkanlah minyak wangi.

Kalau ia rosak, kita baiki;

Kalau ia hitam, kita tambah warna;

Kalau rasa keji, jadikan ia sebagai 'pesanan dari Tuhan' ;

Semuanya yang berlaku penting untuk kita terus maju.

Moga tahun ini berakhir dengan pedoman yang cukup mematangkan dan memantapkan kita untuk tahun 2019 yang lebih hebat!

cabaran bandaraya Kuala Lumpur
December 27, 2018
2

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…