Saturday, November 3, 2018

Memahami jenayah dadah melalui Operasi X Movie

Sebelum ini kita dihidangkan dengan filem paling laris di pasaran, iaitu Hantu Kak Limah yang telah berjaya menggeletek penonton di seluruh negara sehingga berjaya membuat kutipan sehingga lebih RM30 juta.

Selepas itu, filem PASKAL terus memberikan inspirasi dan menaikkan semangat partriotik menerusi tema perjuangan Pasukan Khas Laut TLDM.

Terbaharu, filem Operasi X Movie terbitan Dream Pictures Production menjengah pawagam dengan tema perjuangan anggota polis pula.


Memahami jenayah dadah melalui Operasi X Movie

Latar yang diketengahkan berkisar mengenai usaha memerangi jenayah dadah di Malaysia.

Tahukah anda, dadah menjadi aktiviti jenayah paling berbahaya dan paling berisiko untuk dibanteras mana-mana pihak berkuasa di dunia.

Ini kerana penjenayah yang menjadikan dadah sebagai 'penjana wang' mereka mempunyai jaringan kerjasama erat dalam kalangan penjenayah lain di seluruh dunia.

Malaysia sebagai negara yang strategik dari segi kedudukan geografinya, kerapkali menjadi sasaran penjenayah antarabangsa dengan pelbagai kaedah untuk menggerakkan aktiviti mereka.

Grafik oleh UNODC
Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yang Gempak!

Kalau kita tengok trailer filem Operasi X Movie ni pun, kita dah tahu betapa sukar dan rencamnya usaha memerangi dadah ni.

Sebab, ia memerlukan strategi yang berkesan di samping kerja berpasukan yang penuh dedikasi.

Berdasarkan update yang dikongsi pelakon filem ini semasa penggambaran Operasi X Movie, kita dah boleh bayangkan betapa lecehnya usaha merakam dan memberikan gambaran kepada penonton perjuangan ini.





Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron?

Dibintangi barisan pelakon seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Saad, Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra, Nasir Bilal Khan, Rahhim Omar, Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omar, filem arahan Sandosh Kesavan ini nyata bukan sahaja memaparkan kisah perjuangan demi tanahair, malah turut menyentuh elemen cinta, kekeluargaan dan persahabatan .

Dato Awie yang memang kita kenal sebagai seorang artis berbakat, nyata memberikan impak tersendiri melalui filem ini.

Antara pelakon filem Operasi X Movie - Foto FINAS

Aaron Aziz pula yang pernah membawa watak sebagai anggota polis menerusi filem dan drama di sepanjang kariernya pasti mampu membawa kesan tersendiri apabila digandingkan dengan Dato Awie.

Jadi, disebabkan aku sendiri belum tonton filem ni, aku dapat bayangkan gandingan dua nama besar industri hiburan Malaysia memberikan impak kepada penonton.

Ya la, Awie ni jarang bawa watak lelaki gatal, kalau dalam Hantu Kak Limah pun, bila gatal sikit ja dia jadi bahan lawak.

Saya menjangkakan gandingan Aaron Aziz dan Awie beri kesan besar - Foto FINAS

Dream Pictures Production Melancarkan Operasi X Movie pada 1 November 2018 lalu yang dihadiri penerbit, pengarah, barisan tenaga produksi, para pelakon dan rakan-rakan media.

Turut diperkenalkan ‘Lari’ nyanyian Dato’ Awie bersama rapper Mcfaz Stylo Fellaz juga turut diangkat sebagai lagu tema ‘OST’ bagi filem ini.

Sebarang komen amatlah dihargai.