Saturday, November 10, 2018

Kasih sayang si penjenayah Operasi X


Filem Operasi X yang mula ditayangkan awal November lalu sememangnya antara yang mendapat perhatian.

Ada yang menganggap ia sebagai satu lagi filem aksi yang cuba mengetengahkan isu berkaitan jenayah dadah.

Aku sendiri menjangkakan filem ini dapat membantu penonton untuk memahami jenayah dadah menerusi filem Operasi X Movie serta usaha yang dilakukan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menanganinya.

Akan tetapi selepas menonton filem Operasi X baru-baru ni, ternyata jangkaan itu meleset sama sekali.


Filem Operasi X terbitan lalalalalala secara keseluruhannya membawa tema kasih sayang sebagai penggerak plot dan juga menghidupkan watak yang terdiri daripada pelakon kelas A Malaysia seperti Dato Awie, Dato Aaron Aziz, Hairul Azreen dan lain-lain.

Kasih sayang sang penjenayah

Kita harus faham bahawa setiap manusia memerlukan kasih sayang dan ada perasaan tersebut tanpa mengira apa jenis kerja yang dilakukan.

Sebagai seorang penjenayah dadah, semestinya individu seperti ini juga ada rasa belas dan kasih terhadap individu lain, tambah-tambah lagi dengan adik sendiri.

Watak Belut yang dibawakan Dato Awie amat sesuai dengan karekternya yang bersahaja dan pandai berjenaka.

Perancangan untuk meneruskan legasi ‘perniagaan’ (jenayah penyeludupan dadah) yang diusahakannya sebelum ini kepada adiknya amat dikagumi kerana sebagai penonton, barulah aku faham bahawa penjenayah juga ada perasaan ini.

Kasih sayang kepada diri sendiri

Biarpun melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang negara, Geng Belut mempunyai seorang pemimpin yang cukup ramuan kepimpinannya.

Seorang yang berjiwa besar, semangat tinggi dan sentiasa mengidolakan Awie sebagai penyanyi tersohor negara.

Beliau sentiasa mahu menjadi kemas dan galak seperti Awie sehinggakan rakan sekelilingnya sanggup untuk melakukan apa saja bagi memenuhi visi yang diusahajan.

Di sepanjang perkembangan plot filem Operasi X, kita dapat lihat bahawa sayang diri sendiri mampu membawa kepada kepada kejayaan menyelesaikan misi yang mencabar.

Namun, cabaran mempunyai sifat kepimpinan seperti ini ialah kita akan cepat selesa sehinggakan mudah percaya dengan orang sekeliling.

Akibatnya, pemimpin berkenaan terpaksa menghadapi cabaran dibelot dengan orang yang paling dekat dengannya.

Kasih sayang yang membawa kepada sikap terlebih percaya nyata membawa padah kepada belut.

Kasih sayang kepada sahabat
Ketika kita bersahabat walau dengan sesiapa pun, semestinya rasa kasih dan sayang ada dalam perhubungan berkenaan.

Apabila salah seorang daripada sahabat ini terbunuh ketika bekerja, kita mestilah rasa sedih.

Begitulah yang dihadapi ASP Redzuan apabila sahabatnya meninggal.

Pemergian itu amat memberikan kesan kepadanya sehingga membuatkan dia mula mengenalpasti fungsi baru kehidupannya biarpun hampir ‘give up’ dengan hidup.

Dua jenis kasih sayang ini memang memberi kesan mendalam kepada filem Operasi X Movie.

Bagi aku, tema ini amat baik di kala sikap individualistik mula menular dalam kalangan rakyat Malaysia yang banyak menjadikan perjuangan yang ada semakin lemah.

Sebarang komen amatlah dihargai.