Tak ada 'wahyu' untuk wartawan!

Sejak kemenangan Pakatan Harapan 9 Mei lalu, warga media antara golongan yang paling terkesan dengan perubahan yang berlaku dalam kerajaan.

Terus terang cakap, semuanya berubah memandangkan landskap politik berubah.

Ada yang jadi lebih 'bebas' untuk buat kerja, ada yang jadi lemas dan ada yang jadi semak!

Ni nak cerita sikit situasinya...



Situasi sebelum perubahan kerajaan.

Terma 'wahyu' kerap jadi kata kunci yang meniti di bibir wartawan terutamanya mereka yang ada 'lesen biru' dan 'lesen hijau' ketika negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Biasanya, kejadian 'wahyu turun' berlaku dalam majlis membabitkan individu tertentu mahupun parti tertentu.

Secara tiba-tiba, ada saja arahan yang turun mengarahkan wartawan untuk bertanyakan sesuatu soalan mahupun menghalau wartawan daripada berada di sesuatu lokasi.

Itu biasa..... Sebab apa biasa?

Sebabnya kita sebagai wartawan, ada tanggungjawab dan kepentingan yang perlu dijaga.

Mungkin ada antara kita ada ideologi tersendiri, tetapi kepentingan syarikat tempat kita kerja pun kena jaga.

Jadi, nak salahkan wartawan 100% terhadap sesuatu perkara yang dilaporkannya bukanlah satu tindakan yang adil.

Pada kebanyakan masa, wartawan perlu mematuhi etika kewartawanannya serta keperluan editorial yang telah digariskan bilik berita.

Jadi, label-label tertentu ke atas mana-mana bilik berita hanyalah label serta persepsi yang cuba diwujudkan.

Realitinya, ada saja 'wahyu' yang diperturunkan dari 'langit nan tinggi' .

Situasi selepas perubahan kerajaan.

Bagi kerja kami di Astro AWANI, perubahan kerajaan tidaklah membawa perubahan kerja kepada kami.

Ada yang menganggap kami jadi 'lebih bebas' berbanding sebelum ini dengan terma 'kebebasan media' yang dicanang kerajaan baru.

Padahal, hakikatnya masih sama. Kami masih menjalankan kerja-kerja memberi laporan terkini dan sentiasa membuka ruang memberi jawapan kepada mana-mana pihak dalam laporan kami.

Tapi, selepas laporan Tiada Lagi Wahyu Kerajaan Arahkan Media , ia seolah mengukir senyuman kepada editor kami untuk memperluaskan ruang liputan kami kepada laporan yang lebih kritis terhadap pemerintah mahupun sesiapa sahaja.

Rasa best sikit la.... Senang cakap, apa saja termasuk kritikan terhadap kerajaan tidak lagi menjadi 'isu besar'!

Ok la kan?


Hilal Azmi
October 7, 2018
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Hebat!