Saturday, October 13, 2018

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagia dengan kehidupan yang mereka ada.

Malah, ramai juga yang terus-menerus 'hidup sunyi' seolah-olah tiada lagi manusia baik di dunia ni yang boleh membahagiakan hidup dia.

Bayangkan, ada 7.5 billion manusia di muka bumi pada ketika ni, takda seorang pun yang boleh membahagiakan dia? 

Bagus juga dia ada membela! Bela kucing untuk dijadikan hidupan yang 'memeriahkan' kehidupannya.

Masa depan yang ada perlu diharungi dengan penuh bahagia - Foto Hilal Azmi


Tetapi, aku percaya kepada tiga jenis tindakan yang mendatangkan bahagia untuk kita di masa hadapan:

1. Murah dengan senyuman
Tindakan ini mungkin nampak mudah, tapi tak semua mampu lakukannya.

Kata orang, 'senyum itu sedekah' dan bila kita banyak bersedekah, Tuhan akan berikan kebahagiaan dalam jiwa kita.

Kadang-kadang tu, pelik sungguh dengan manusia yang tak pandai nak senyum ni. Macam berat sangat nak gunakan dua otot muka bagi ukir senyuman.

Ni ada satu kisah kat tempat aku kerja. Ada ramaiiiii pekerja baru muncul dan seperti biasa kita akan sapa dan beri senyuman.

Peliknya, bila kita senyum, dia buat muka kejung, dah tu jeling kita balik bajet-bajet macam muka dia level Lisa Surihani!

Aiyoooo... Dah la orang baru, nak senyum pun takda, maka aku dapat bayangkan tahap kebahagiaan yang dia ada. 

2. Ada duit lebih, belanja la kawan-kawan!
'Hidup untuk memeberi' itu tagline di Denaihati.com yang banyak memberikan contoh terbaik untuk meningkatkan indeks kebahagiaan sebagai seorang blogger.

Bagi aku, kehidupan merupakan satu proses yang tidak pernah henti dan semua orang sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf dan diri masing-masing.

Tidak dinafikan, bila kita ni 'rajin belanja kawan', akan terwujud satu golongan kawan-kawan yang memang sentiasa ambil kesempatan berjimak berjimat melalui kebaikan yang kita lakukan.

Cuma, kita belum tau siapa kawan kita akan jadi billionaire, siapa kawan kita bakal jadi perdana menteri malah belum tau siapa kawan kita yang akan jadi Sultan satu hari nanti (ok ni akibat banyak tengok cerita Princess Diaries).

Jadi, kalau setakat belanja kawan-kawan roti teloq sebijik, teh tarik segelas, baru RM5 kot.... Takkan nak berkira.

Nanti tetiba kawan yang kita belanja tu jadi Perdana Menteri, semestinya dia takkan lupa kita yang pernah belanja dia... 


3. Ziarah keluarga terutamanya mak ayah
Bab ni, mungkin ramai yang kerap ambil mudah dan tidak beri perhatian sewajarnya.

Ada ramai yang aku kenal tinggal dekat dengan mak ayah mereka tapi jarang beri perhatian akan perasaan mak ayah dia!

Bukan apa, bila dah dewasa ni, memang la kita ada kehidupan sendiri, tetapi perhatian dan kasih sayang terhadap mak ayah tetap jadi tanggungjawab kita.

Kalau mereka kurang perhatian dan kasih sayang, maka kitalah yang wajib pastikan semuanya dilengkapkan.

Bapa aku selalu cakap, "kalau hang sakit, jiwa tak tenang, balik jenguk muka mak! Tengok ja pun dah ok sebab muka mak tu penawar segala penyakit".

Mungkin lawak la, tetiba balik tengok tenung ja muka mak, tapi mesej tu membawa makna bahawa hidup kita takkan boleh lari daripada tanggungjawab terhadap mak ayah.

Kalau tak pun, manfaatkanlah teknologi yang ada. Telefon dan video call la selalu.

Setiap butir bahagia yang kita nikmati, bermula dengan tindakan kita.

Bagi aku, cukuplah ramai antara kita yang jadi miskin bandar, tapi janganlah kita miskin kebahagiaan.


1 comments :

Perkongsian yang terbaik.. terima kasih

Sebarang komen amatlah dihargai.