Sunday, September 30, 2018

Kita dan ekosistem tempat kerja




Kehidupan dalam dunia ini membabitkan banyak makhluk samada ia dalam bentuk haiwan mahupun benda hidup lain.

Sebagai manusia yang ada akal anugerah Tuhan, kita digalakkan untuk saling menghormati sesama makhluk di samping menguruskannya dengan bijak.

Bila bercakap tentang ekosistem tempat kerja, ada banyak perkara yang boleh diambil kira sebagai penyumbang kebahagiaan ataupun kesengsaraan di tempat kerja.

Benda Hidup

Faktor benda hidup yang ada di tempat kerja semestinya rakan sekerja.

Selalunya, bila tiba waktu temu duga kerja, kita akan kerap ditanya mengenai "mampukah kamu menghadapi situasi tekanan tinggi?"

Bagi aku, jawapan paling baik ialah "Tempat kerja ini akan kurang stress dengan adanya saya!".

Senang cakap, bila kita di tempat kerja, biarpun kita ada tugas tersendiri mengikut 'Job Scope' atau arahan kerja yang diberikan, janganlah kita lupa bahawa setiap perkara yang berlaku juga memerlukan komunikasi bersama rakan sekerja.

Jadi, bila kita memulakan tugas di mana-mana tempat, janganlah malu dan sombong perasan cantik untuk ucapkan 'hai' atau senyum kepada rakan sekerja yang ada.

Perkenalkan diri dan duduk dalam ekosistem berkenaan dengan sihat dan mesra.

Bukannya apa, kadang-kadang bila kat tempat kerja ni, kita mungkin terMATI! Kalau kita tak pernah sembang dengan orang sekeliling, mampukah kita uruskan diri sendiri untuk ke kubur?

Benda bukan hidup

Benda lain yang ada di tempat kerja ialah aset-aset pejabat seperti meja, kerusi, komputer / laptop, pasu bunga, dan macam-macam lagi.

Benda-benda ni pun kita kena hormat juga....

Duduk elok-elok, jangan ketuk keyboard kuat-kuat, gunakan barangan dengan cermat dan  semestinya semua sistem kerja akan berjalan lancar.

Bukan apa, peringatan seperti ni jarang kita beri perhatian sebab kita selalu anggap bahawa harta benda tu 'opis punya'! Jadi kita pun buat sambil lewa ja..

Malah, kalau kita layan semua benda bukan hidup ni elok-elok, aku percaya gerak kerja yang kita cadangkan pasti berjalan lancar dan tenang.

Secara keseluruhannya, dalam setiap ekosistem akan ada rantaian yang tersendiri.

Setiap rantaian ini (sama seperti rantaian makanan yang kita belajar kat sekolah) jika terbantut di satu pihak, maka kita terpaksa mencari pilihan baru.

Di setiap pilihan baru, ia tidak semestinya ada nilai dan keupayaan yang sama seperti rantaian sedia ada.

Justeru, demi kehidupan yang selesa dan aman, setiap rantaian dalam ekosistem kehidupan terutamanya di tempat kerja sebaiknya dijaga rapi memandangkan lebih 60 peratus waktu kehidupan difokuskan di tempat kerja.

1 comments :

Sebarang komen amatlah dihargai.