Wednesday, August 1, 2018

Kesian orang perempuan

Malaysia ada ramai perempuan dengan bakat, keupayaan dan semangat yang tinggi.

Kalau zaman belajar dulu, berbaik-baik dengan seramai mungkin pelajar perempuan akan mendatangkan banyak manfaat buat diri kita.

Sebab apa? Sebabnya ramai budak girl ni rajin dan sentiasa terbuka untuk tolong kawan-kawan.

Paling best, bila kita dapat perhatian dan sentiasa diambil berat oleh kawan-kawan perempuan ni.

Bila masuk dunia kerjaya atau alam dewasa, mereka ini mula digelar sebagai wanita bekerjaya dan waktu ini biasanya kemuncak kepada kecantikan fizikal dan peribadi seseorang.

Peace yo! - Foto Hilal Azmi
Ya la, dah ada duit, ada kerjaya, muka sudah ada make up, baju makin banyak pilihan maka mereka biasanya lebih hot berbanding zaman belajar.

Akan tetapi, ramai wanita mula berada di persimpangan dilema bila mula mendirikan rumah tangga.

Dah berumah tangga, status wanita mula meningkat bila dah dapat anak, dengan gelaran mummy, mak, ibu, ummi dan yang senafsu dengannya.

Ketika fasa ini, ada antara wanita bekerjaya terpaksa bekerja keras untuk menguruskan keperluan diri dan rumah tangga.

Beruntunglah wanita-wanita yang mendapat suami dari jenis memahami tanggungjawab diri untuk melengkapkan kehidupan pasangan mereka.

Ia bukan sepenuhnya membahagikan tugas macam ‘job description’ di tempat kerja. Tetapi ia lebih kepada pemahaman secara kimia yang diaplikasikan menerusi perbuatan dan tindakan.

Contohnya bab jaga anak, urus makan dan pakaian serta mengemas rumah.

Ada dalam kalangan lelaki menganggap tanggungjawab menjaga anak tu ‘lebih berat’ kepada sang isteri sepenuhnya.

“Ya la, dah dia mengandung, susu pun dari badan dia, alang-alang tu, jaga la terus.

“Biar kami usahakan cari duit untuk kita hidup,” itu pandangan kebanyakan lelaki.

Jadi, kebanyakan hal ehwal si anak biasanya sibuk diuruskan sang isteri bermula dari menyusu, pakaian, lampin, makan, ajar bercakap dan sebagainya dibuat orang perempuan.

“Laki buat apa ja?” Soal kebanyakan wanita.

“Main dengan anak saja la!” Jawab lelaki.

Ini situasi biasa yang berlaku dalam kebanyakan pasangan muda di Malaysia.

Maka berduyun-duyunlah wanita di Malaysia yang selepas mendirikan rumah tangga (berkahwin) dan mendapat anak, terpaksa membuat perubahan malah ada yang terpaksa mengorbankan kerjaya mereka hanya kerana takut serta tak percaya dengan penjaga / pengasuh yang bakal menjaga anak mereka.

Tapi, bagi wanita besi yang tegar untuk meneruskan kerjaya (terutamanya dengan situasi ekonomi semasa), maka kehidupan anak-anak biasanya ‘terkorban’ untuk membesar dengan penjaga/pengasuh/atuk/nenek.

Maksudnya dalam setiap hari, sekurang-kurangnya 10 jam atau 42% masa anak-anak ialah untuk bersama ‘orang luar’ dan bukannya bersama ibu bapa mereka.

Mungkin normal kerana baki 58% masa yang ada digunakan ‘secara berkualiti’ untuk bersama ibu bapa masing-masing.

Jadi, adakah benar anak-anak ini akan dibesarkan dengan cukup perhatian dan kasih sayang ibu bapanya?

Mungkin tidak!

Jadi kebanyakan wanita berhenti kerja bagi memfokuskan perhatian dan tenaga membesarkan anak-anak dalam usia kritikal mereka (antara 0 - 6 tahun).

Nak hantar pengasuh atau taska, takut sebab banyak kes yang tak sedap didengari dan mintak elak daripada terjadi kat keluarga kita.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita wujudkan pekerjaan / profesion yang memudahkan wanita fokus kepada kerja dan pada sama yakin bahawa anak-anak mereka terjaga rapi.

Salah satu kaedah paling popular dan meyakinkan mak-mak ialah melalui ‘mendekatkan pengasuh anak-anak dengan mak dia’.

Maksudnya, mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.

Baru la senang sikit, kalau-kalau ada sesuatu kecemasan, mak-mak atau penjaga tak perlukan masa lama untuk follow up dengan penjaga.

Setakat ini, itulah kaedah paling optimum bagi menjaga bakat-bakat wanita ni terpelihara daripada ‘hilang’ daripada industri.

Kan?

1 comments :

Anak-anak adalah waris kita dunia hingga akhirat. Ada yg apabila tua senang hati melihat anak yg mereka besarkan menjadi insan baik yg melahirkan cucu dan cicit yg baik-baik. Bila tutup mata senyum je. Ada juga apabila tua melihat anak-anak hati jadi tak keruan susah hati tetapi masa sudah berlalu tidak boleh diputar kembali.

Sebarang komen amatlah dihargai.