Saturday, January 13, 2018

'Tukang Bahagia' yang kini dirindui

Pertama kali aku berjumpa dengan Ami Man, atau Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman pada sekitar dua tahun lepas dalam satu event family.

Perwatakannya ceria, beliau sentiasa murah dengan senyuman malah sentiasa disayangi anak dan cucunya.

Hobi beliau, membahagiakan orang sekeliling. Caranya mudah, iaitu melalui muzik.

Pilihan muziknya pula gaya ‘orang tua’ tapi pilihan lagunya bersifat evergreen yang boleh dinyanyikan beramai-ramai.

Namun, Ahad (7 Januari 2018) lepas, pilihannya lain daripada yang lain. 

Kebanyakan lagu pilihannya lebih bersifat mendayu-dayu bagai menyampaikan sesuatu kepada pendengar yang ada.

“Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention
I did what I had to do
And saw it through without exemption
I planned each charted course
Each careful step along the byway
And more, much more than this
I did it my way,” 

Bait lirik itu dinyanyikan dengan penuh perasaan sambil memerhati aku yang sibuk merakamkan foto dan video di sepanjang majlis berlangsung.

Dari pandangan matanya tepat ke arah aku, bagai tertusuk sesuatu di dalam lubuk hati.

Aku sendiri tak dapat khabarkan bagaimana rasanya tetapi bagai ada ‘sesuatu’ yang Ami Man cuba sampaikan.

Kemudian beliau sambung lagi;

“Kanda rindu selalu Senyuman yang manis bermadu,” 

Kali ini bait lirik itu dinyanyi sambil tersenyum mesra memandang tepat ke mata aku.

Ami Man yang sentiasa menceriakan


Aku membalasnya dengan senyuman semanis mungkin kerana aku mula merasakan itu mungkin kenangan yang terakhir aku menikmati alunan suara jantan Ami Man.

Malam yang sama, di rumah Kak Shiera, beliau mengadu semput selepas solat Maghrib.

“Allah... Harap-harap Ami Man ok la kot,” aku berbisik dalam hati sambil mendukung Zayyan  berlalu di depannya yang sedang berehat di sofa.

Khamis petang, Effa bagitau aku; “Ami Man dah tak sedarkan diri, saya nak pi ziarah dia kat Hospital Ampang.

Sesampainya di sana, aku dapat lihat semua anak-anaknya serta cucu sudah mula berkumpul memberi semangat kat Ami Man.

Aku percaya setiap seorang daripada mereka mahu yang terbaik dan dipermudahkan untuk ayah kesayangan.

Bagi aku, mungkin perkenalan kami tidaklah panjang, tetapi beliau tetap memberi banyak ajaran untuk aku sentiasa menjadi ayah dan atuk yang terbaik di masa depan.

Beliau turut ajar aku bagaimana untuk sentiasa menghargai ahli keluarga melalui kehadiran di majlis penting keluarga seperti kenduri kahwin, tahlil, birthday party dan lain-lain.

Gayanya yang murah dengan senyuman membuat aku mulai faham bahawa kemanisan hidup itu ada pada senyuman.

Malah, sikap ambil peduli dan sentiasa meraikan majlis keluarga paling aku ingati.

Masih terngiang alunan nyanyiannya di majlis perkahwinan aku dua tahun lepas.

Masih terngiang gelak tawanya dengan abah mertua ketika bercerita tentang kisah lampau.


Moga Tuhan berikan tempat yang terbaik buatmu kerana dikau sentiasa membahagiakan keturunanmu. Al Fatihah buat Ami Man yang kini pergi menghadap Tuhan pada 9:15 malam Jumaat.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates pada 11:30 tengahari Jumaat.

Al-Fatihah untuk beliau.

6 comments

Al Fatihah
moga rohnya di tempatkan bersama para solihin, ameen

Pasti akan merindui dendangan lagu dari ami man.. pasti majlis akan sepi selepas ni..

Salam takziah...semoga rohnya ditempatkan di kakangan para yang soleh...aamiin

Sama2.... Sebab beliau sangat best! Patut diingati semua orang..

Sebarang komen amatlah dihargai.