Monday, December 11, 2017

Masa untuk CANTIKKAN resume!

Ramai graduan masa kini mengeluh tentang peluang kerjaya yang semakin berkurang di negara ni.

Aku akui, pengalaman sendiri untuk siapkan resume, hantar permohonan kerja dan sesi temuduga bukan sesuatu yang mudah.

Paling teruk, dah la takda kerja, kos untuk pergi temuduga pun kena tanggung! Rasa macam nak nanges pun ada.

Tapi, itu proses biasa sebelum kita betul-betul dapat kerja permanent dan kerja yang kena dengan minat kita.

Menyedari kesukaran ini, aku percaya banyak perkara boleh dibuat SEBELUM kita bergraduan ataupun habis bersekolah.

Biar aku kongsi sikit, perkara yang dimahukan pihak industri pada zaman internet dan berteknologi tinggi ni.

Rata-rata pihak industri (terutamanya industri kandungan dan media), mahu calon pekerja mereka sedia untuk bekerja pada bila-bila masa.

Takda masa untuk 'baru nak belajar' malah ada yang tidak teragak-agak mahu yang BERPENGALAMAN.

"Dah baru grad, macam mana nak ada pengalaman?" itu soalan aku tatkala diberitahu requirement dari syarikat semasa memohon kerja.

Justeru itu, Astro Awani buka ruang tersebut bagi membolehkan para pelajar timba pengalaman, bina pengaruh dan juga tunjukkan bakat sedia ada.

Kat mana?

Kalau hangpa ni budak sekolah (tak kisah la sekolah rendah atau menengah), hangpa boleh bercerita dan kongsi informasi samada menerusi artikel / foto / video di www.awanijr.com

Untuk bebudak umur 17 tahun ke 25 tahun, level hangpa kena la up sket!

Cerita hangpa pun mestilah lagi terer daripada budak sekolah!

Hangpa pun boleh hantar juga menerusi www.AwaniRangers.com





***Ingat! Majikan zaman sekarang akan google nama hangpa sebelum diambil bekerja. So, ni la peluang untuk backlink siap-siap nama hangpa kat platform saluran berita No 1 Malaysia! Iaitu Astro AWANI!



Sebarang komen amatlah dihargai.