Gangguan!

Hidup kita ada banyak jenis gangguan.

Gangguan juga datang dalam pelbagai bentuk, arah dan sifat memandangkan pengganggu ini tidak pernah kenal arah, tempat dan masa yang sesuai untuk sesiapa.

Kalau cakap bab kerja, industri media semestinya ada banyak gangguan!

Banyak sangat platform baru yang wujud, banyak pilihan orang ada dan banyak cara orang boleh sampaikan maklumat SELAIN menggunapakai media arus perdana sedia ada.

Tambah pula, orang ramai dah boleh ada saluran Youtube sendiri, Facebook Page dan sebagainya cukup untuk wujudkan satu KUASA MEDIA yang AMAT BERPENGARUH.

Itu pun sejenis GANGGUAN!



Selain itu, gangguan sebenarnya menjadi antara punca ramai yang mula menganggur ketika ini.

Mana taknya, banyak jenis kerja kini boleh digantikan dengan mesin!

Kalau kita jenguk sekitar 25 tahun sebelum ini....

Dulu kita ada orang kerjanya untuk bantu kita keluarkan wang dari bank, namanya Teller Bank.

Akan tetapi, kini jawatan tu pun dah hampir tak wujud sejak ada mesin Automatic Teller Machine (ATM)!

Itu pun sejenis gangguan!

Sekarang pula, ada orang nak gantikan kerja wartawan dengan mesin!

Bunyinya GILA, tapi ianya tidak mustahil...

Jadi, macam mana kita nak hadapi GANGGUAN ni?

Adakah dengan melayan GANGGUAN MENTAL yang semakin kuat menyerang pemikiran kita?

Bagi aku, mudah saja!

Terus cabar diri kita untuk melakukan sesuatu yang baru.

Dah kena cabaran dan kesusahan baru, maka kita akan dapat kemahiran baru.

Dari situ, kita akan terus berfungsi malah lebih hebat daripada mesin yang dicipta manusia..


Ni contoh cabaran untuk tambah kemahiran baru! ;)

Gila
December 6, 2017
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!