Thursday, August 3, 2017

Kuasai 20 ilmu baru dalam tempoh sebulan

Bulan Ogos yang mulia ini maka bermulalah dunia pekerjaan bagi beberapa kumpulan mahasiswa yang bakal bergraduan di bulan September nanti.

Ramai yang kini mula cari kerja dengan menggunakan pelbagai cara bagi memenuhi keperluan hidup untuk ada gaji, duit sendiri lantas membina kehidupan masing-masing.

Masuk saja alam pekerjaan bermakna bermulalah alam seorang dewasa bagi seorang manusia yang dulunya remaja.

Alam dewasa ini bukan satu alam yang mudah! Tetapi di alam inilah semua asas yang diterapkan semasa zaman sekolah dan pengajian tinggi digunakan sebaiknya demi survival seseorang.

Persoalan paling menarik untuk dibincangkan ialah 'patutkah kita hentikan budaya belajar di zaman bekerja?'

Bagi aku budaya belajar itu mungkin berubah ketika memasuki fasa bekerja.

Mungkin kita akan mula faham erti hidup, erti urus wang dan juga erti menghargai manusia lain dalam pelbagai bentuk.

Dari situ kita mula belajar....

Bahan bacaan yang biasa digunakan CEO / Editor In Chief
Astro Awani, Suhaimi Sulaiman - Kredit Suhaimi Sulaiman
Tetapi, adakah semuanya perlu berada di sekitar circle yang ada di sekeliling kita semata-mata?

Pastinya tidak!

Ini disebabkan, ramai golongan pekerja di Malaysia pada ketika ini mulai tepu dengan apa yang mereka lakukan seawal 6 bulan pertama mereka bekerja.

Kononnya mahu cari 'CABARAN BARU' seolah kerja sedia ada tidak cukup 'MENCABAR' buat mereka.

Padahal, mereka sentiasa mengejar kenaikan gaji apabila berpindah ke tempat kerja baru.

Justeru itu,  bagi aku, budaya belajar patut kita teruskan.

Contohnya mudah!

Sebagai seorang yang bekerja (mengikut waktu pejabat 9 pagi hingga 6 petang), semestinya ada masa terluang untuk bersenam, dan BELAJAR BENDA BARU.

Salah satu kaedah paling mudah ialah menerusi telefon pintar yang kita ada!

Takkan nak baca posting orang di Facebook / Twitter semata-mata kan? Telefon pintar kita tu besar potensinya untuk membantu kita belajar.

Cadangan aku mudah saja!

Dapatkan satu link artikel yang memang dekat di hati kita (senang cakap yang betul-betul kena dengan minat), di sepanjang perjalanan pulang dari kerja, fahami, dalami sepenuhnya artikel yang ditulis tu.

Lagi best, wujudkan satu buku nota untuk tuliskan perkara baru yang dipelajari menerusi artikel tersebut.

Ulangi perkara tersebut di setiap hari kerja.

Bayangkan, kalau seminggu 5 artikel baru kita dalami, dan sekurang-kurangnya 5 perkara baru yang kita pelajari.

Maka sebulan, di sebalik gaji yang kita enjoy, kita juga dah nikmati sekurang-kurangnya 20 ilmu baru menggunakan kaedah ni.

Selamat mencuba!

1 comments :

Terima kasih tuan

saya boleh apply dalam team saya

at least diorang boleh kuasai 20 produk dalam masa sebulan je

tqvm sangat2

Sebarang komen amatlah dihargai.