Kemeriahan Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES Universiti Awam di UiTM Shah Alam

Sabtu lepas, kami satu family berkumpul untuk menjadi saksi kepada kejayaan terbaru adik bongsu, Safia Azmi yang ditauliahkan menjadi Pegawai Kadet Pasukan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang membawa kepada gelaran Leftenen Muda Safia!



Kami diberi call time sekitar jam 7 pagi untuk berkumpul di depan Wisma Jakel Shah Alam sebelum dibawa masuk menggunakan bas shuttle yang disedikan pihak penganjur.

Biasa la, bawa budak kecik ni macam-macam ragam yang dok ada.

Majlis yang dijadualkan bermula sekitar jam 10 pagi, tetapi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V tiba sekitar jam 11:30 pagi yang membawa kepada beberapa pegawai kadet mulai pitam kerana bersedia di padang kawad sejak jam 9:30 pagi.

Biasa la, nak jadi pegawai simpanan bukannnya senang kan?

Tapi persembahan kawad yang ditampilkan PALAPES Universiti Awam kali ini amat memberi semangat kepada waris yang hadir memandangkan semangat kerjasama dan setiakawan yang tinggi ditonjolkan.

Tahniah kepada semua, dan ingat TITAH DIRAJA yang ditekankan iaitu:

"Beta berharap agar graduan-graduan yang telah diterapkan melalui latihan ketenteraan di Palapes akan menjadi warganegara yang berkualiti dan diharap akan memberi nilai tambah kepada negara dan bangsa.

"Beta juga berharap agar usaha-usaha akan terus ditingkatkan, bagi menarik lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai kaum untuk mengikuti program ini, sekali gus akan meningkatkan lagi semangat muhibah antara kaum melalui latihan yang berteraskan 'esprit de corps'," titah baginda.




family reunion
August 16, 2017
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…