Tugas sebenar anak sejak lahir kini diketahui!

Sejak kelahiran Zayyan setahun tiga bulan yang lepas, ia sedikit sebanyak mengubah gaya hidup aku yang kini bergelar bapak!

Di sepanjang perjalanan sebagai seorang bapak, memang macam-macam benda baru yang aku teroka dan banyak jugak persoalan tercetus di benak fikiran dan perut aku.



Salah satu daripadanya apa tugas sebenar anak sejak lahir?

Mana taknya, budak ni sejak dia lahir, yang dia tau hanyalah MENANGIS.

Kalau dia lapar.... Dia MENANGIS...

Kalau dia sakit.... Dia MENANGIS...

Kalau dia mengantuk... Dia MENANGIS...

Kalau dia hangat... Pun dia MENANGIS...

Sebagai bapak, memang sukar untuk kita agak, apa tujuan si anak menangis.

Tadi aku jumpa seorang Perunding Keibubapaan, Puan Noor Afidah Abu Bakar, berbincang tentang sebuah kes buli yang banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.

Dari perbincangan dan temu bual sebentar tadi, beliau memberitahu, tugas sebenar anak sejak lahir ialah MENDAPATKAN PERHATIAN DARI IBU BAPA!

Bila anak dapat perhatian ibu bapak dia, maka.....

1. Keperluan anak mudah diketahui...
2. Sikap anak akan boleh dikenal pasti..
3. Setiap masalah anak dapat diselesaikan dengan mudah

Itu antara perkara asas yang kena beri perhatian oleh ibu bapak seluruh dunia...

Begitulah pengetahuan baru sebagai BAPAK!
Hilal Azmi
July 11, 2017
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…