Thursday, July 27, 2017

Kalau kamu dibuang kerja esok, ramai jadi ZOMBA

Di zaman serba canggih ini, kebanyakan kerja yang pernah wujud kini pupus akibat penciptaan mesin dan robot serta sistem yang boleh menggantikan kerja manusia.

Maka dengan itu, bahagian sumber manusia di kebanyakan tempat (terutamanya di Malaysia) sudah mula hilang nilai kemanusiaannya.

Ke mana perginya nilai kemanusiaan tadi?

Semestinya evolusi berlaku kepada kumpulan ini selepas tekanan demi tekanan diberikan pihak pengurusan utama bagi memenuhi KPI untuk mengurangkan kos operasi syarikat.

Oleh yang demikian, manusia yang asalnya menguruskan sumber manusia di syarikat terpaksa bertukar menjadi zomba yang memakan sumber manusia yang ada demi kelangsungan hidup.

Kesannya?
Syarikat akan berjaya kurangkan kos.

Syarikat akan bertahan dengan lebih lama (biarpun tidak cukup banyak membuat untung)

Bahagian sumber manusia terus menikmati kerja mengurus manusia secara binatang dengan gaji yang LEBIH lumayan (selepas berjaya mengurangkan kos overhead syarikat).

Apa perlu kita buat untuk menghadapi situasi ni?
Tambah la pendapatan yang ada dengan apa jua keadaan biarpun hidupmu bagai tiada makna dek ketiadaan waktu berkualiti diluangkan bersama sahabat baik atau keluarga.

Salah satu paling mudah dan fast money (dapat cash balik paling cepat) ialah memandu UBER atau GRAB!

Lain-lain bisnes sila bersikap HATI-HATI sebab ramai juga yang dah hilang kerja dan mula dah jadi zomba yang terpaksa TIPU orang untuk kelangsungan hidup.



Sebarang komen amatlah dihargai.