Cara menjadikan ucapan Salam Aidilfitri bermakna dan diingati

Sempena Aidilfitri hari ni, aku suka untuk share cara menjadikan ucapan Salam Aidilfitri bermakna dan diingati terutamanya kepada sahabat, keluarga dan kenalan yang berada jauh dari kita.

Macam aku, tahun ni giliran bekerja dan kami menjadikan sambutan Aidilfitri kali ni lebih menarik dengan menerbitkan rancangan #LebaranAwani yang bersiaran 3 malam sebelum Aidilfitri sampai la Hari Raya pertama bermula jam 10:30 malam hingga 1 pagi.



Di zaman teknologi teramat canggih, ramai antara kita yang menjadikan ucapan raya lebih 'mudah' dengan hanya copy paste ucapan yang dirasakan best dan dihantarkan kepada kawan-kawan.

Bukan tak boleh, cuma ucapan sebegini kekadang terasa macam kurang ikhlas bila dibaca biarpun niat asalnya amat murni sebagai tanda ingatan di Aidilfitri.

Bagi aku, cara paling efisien untuk menjadikan ucapan Salam Aidilfitri itu bermakna dan diingati ialah sekurang-kurangnya menjadikan ucapan tu dimulakan dengan panggilan nama kawan kita.

Sebagai contoh seperti berikut:

Hai Effa! Salam Aidilfitri... Moga kita lebih bahagia dari tahun sebelumnya.. Maaf Zahir dan Batin - Hilal Azmi, Astro Awani

Macam tu kan mudah?

Cuba la tengok! Efisien atau tak.. Share komen korang kat bawah ok!

Salam Aidilfitri buat semua! Saya mohon maaf jika ada salah silap sepanjang menulis di blog, Facebook, Twitter, Instagram mahupun di tempat kerja saya! hihihi....

Enjoy!
Tips
June 24, 2017
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!