Wednesday, June 7, 2017

5 Perkara yang perlu anda tahu tentang Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur

Pembangunan pusat kewangan antarabangsa di Kuala Lumpur kini giat dijalankan yang dikenali sebagai Tun Razak Exchange (TRX).

Pembangunan tanah dekat jalan Tun Razak ini menjadi perhatian ramai beberapa tahun kebelakangan ini selepas pembangun projek tersebut banyak diselubungi skandal kewangan yang membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB.

Datuk Seri Najib ketika melawat tapak pembinaan TRX pada 5 Jun 2017 - Foto Hilal Azmi

Abaikan kisah di sebalik skandal kewangan terbabit, tetapi berikut ialah 5 perkara yang perlu anda tahu tentang TRX:

1. Ia membabitkan kawasan seluas 70 ekad (28.33 hektar)
2. 26 buah bangunan akan dibina yang membabitkan beberapa menara mercu tanda syarikat gergasi antarabangsa.
3. 3,800 unit kediaman kelas A
4. Ruang pejabat seluas 10 juta kaki persegi.
5. Ruang legar pusat beli belah dengan kawasan lantai kasar seluas 2 juta kaki persegi.

Kesemua pembangunan bercampur di TRX akan membawakan nilai pembangunan kasar melebihi RM40 billion untuk negara.

Menurut Perdana Menteri, semasa lawatannya ke tapak pembinaan TRX baru-baru ni, beliau amat berpuas hati dengan perjalanan pembangunan TRX yang mana ketika post ini ditulis, 70 peratus daripada jumlah plot di kawasan pembangunan TRX sudah pun dikomersialkan.

Dari sudut pemandangan Kuala Lumpur, TRX sedikit sebanyak akan mengubah landskap KL menjadikan ia kawasan kelas A negara apabila siap kelak.

Perdana Menteri amat berpuas hati dengan perkembangan projek TRX - Foto Hilal Azmi

Sebarang komen amatlah dihargai.