Pertama kali buat liputan ada TMJ!

Hari ni jadi hari bersejarah sebab ini kali pertama aku diminta untuk membuat liputan yang membabitkan kehadiran Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih popular dikenali sebagai TMJ.

Kejadiannya di Hotel St Regis Kuala Lumpur, di mana pada majlis itu, pihak FAM akan memperkenalkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu dalam usaha memulihkan imej bola sepak negara.

Semua tahu bahawa ketua jurulatih yang dipilih bernama Nelo Vingada.

Aku tak mau cerita hal bola sepak sebab tak banyak benda yang menarik boleh dikaitkan dengan pengalaman pertama kali membuat liputan ada TMJ ni.

Masuk saja bilik sidang media, pandangan semua bodyguard beliau memang menakutkan. Seolah-olah kita ni orang asing yang cuba mengancam keselamatan boss dia.

Atas bawah cara penglihatan tu, tapi aku abaikan kegusaran yang melanda sebab masing-masing buat kerja masing-masing.

Aku diminta duduk di kerusi paling belakang (sebab aku paling lambat sampai).

Ketika sidang media berlangsung, seperti biasa wartawan (kebanyakannya wartawan sukan) akan bertanyakan beberapa soalan berdasarkan isu semasa yang melanda pasukan bola sepak negara.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah di mana kedudukan Tan Cheng Hoe? Adakah dia sebagai orang nombor dua atau bagaimana?

Semasa persoalan itu ditanyakan, aku nampak muka TMJ memang dah lain.

Seolah tak setuju dengan soalan terbabit sampai aku sendiri rasa tak selesa dengan gerak badan yang ditonjolkan beliau.

Memang muka tak puas hati dengan soalan tersebut lantas beliau memulakan jawapan.

"Saya tak faham kenapa soalan begitu jadi isu dalam menambahbaik bola sepak negara. Ini masalah dalam negara kita!

"Orang lebih suka tulis cerita berbanding menghargai agenda menambah baik prestasi bola sepak negara.

"Pengambilan jurulatih baru ni bukan saja untuk memperbaiki prestasi pemain, tetapi juga memperbaiki keseluruhan sistem bola sepak sekarang," jawab beliau.

Lepas tu, ada sesi fotografi dan beliau keluar.

HABIS!

Lepas sesi sidang media, kami semua keluar dan minum cappuchino yang disediakan pihak hotel.

FUH!!! Rasa dia macam baru lepas kena marah.

Tapi itu normal bagi seorang wartawan. Ada hari orang suka, ada hari orang garang dengan kita.

Semuanya demi kebaikan bersama.



Kerja
May 24, 2017
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Hebat!