Hakikat PEKERJA di Malaysia

Hari Pekerja disambut setiap tahun dengan mesej meraikan pekerja yang ada di seluruh dunia.

Kalau di Malaysia, 1 Mei memang diiktiraf sebagai hari Cuti Umum, cuma bagi pekerja yang 'kerja shift' dapat la habuan bayaran double atau triple bergantung kepada kontrak pekerjaan yang kita dah setuju sebelum ni.

Namun demikian, sejak sedekad kebelakangan ni, ramai pekerja di Malaysia seolah-olah tidak mendapat cukup perhatian daripada pihak berkuasa.

Salah seorang pemandu di India, gaji dia RM600 sebulan - Foto Hilal Azmi
Memang tak dinafikan semua pekerja (tak kira kakitangan awam, swasta, pekerja kontrak, malah tak kira gaji kecil atau besar, semuanya tertakluk di bawah Akta Pekerja 1955!

Antara perkara yang dilindungi ialah membabitkan maksima waktu kerja sehari, gaji, cuti dan sebagainya. Semuanya diperincikan dalam akta ni.

Salah satu perkara yang agak menakutkan dan menekan pekerja di Malaysia sekarang ialah, hak-hak ini seolah 'dinafikan' .

Semakin ramai pekerja mengambil pendekatan redhooooo dan pasrah dengan sebarang tindakan yang diambil majikan (walaupun tindakan tu diketahui melanggar hak-hak yang ada pada pekerja).

Kalaupun ada hak pekerja dilanggar, proses perundangan yang terpaksa dilalui pekerja tadi sangatlah lama sampai menyukarkan kehidupan individu terbabit.

Lagi parah, ramai pekerja tak tahu dekat mana nak laporkan sekiranya ada penafian hak pekerja dibuat oleh majikan.

Sedih kan?

""Nak buat macam mana lagi dah... Kita ni cari makan... Satgi kalau kita pi report, nak makan apa nanti?" keluh salah seorang sahabat aku.

Bayangkan, kalau dia berani pi lapor kejadian membabitkan salah guna majikan atau kerahan tenaga tahap tertinggi oleh majikan, semestinya lebih teruk tekanan mental yang akan dikenakan terhadapnya.

Malah, dia akan 'dipaksa' sampai resign secara 'sukarela'...

Itu yang banyak berlaku sekarang. Macam mana nak buat?

Aku sendiri tak tahu, pasal ramai yang pesan kat aku agar "bersyukurlah, hang masih ada kerja dan ramai lagi yang takda kerja".

#teoq
Gila
April 30, 2017
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Hebat!