Merancang masa depan

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya, tetapi beribadatlah kamu umpama kamu akan mati sekejap lagi"

Pesanan ni kerap kali dipesan orang tua-tua dulu malah ada juga antara imam muda pun sekarang banyak guna ayat tersebut sebagai ingatan buat semua orang.

Kehidupan sentiasa akan ada cabaran, tetapi apa kaedah kita menghadapinya dan melayaninya?

Setiap tindakan kita dalam mendepani cabaran hidup akan sentiasa menambah nilai dalam diri kita malah ia juga menjadikan kita lebih matang daripada hari sebelumnya.

Akan tetapi, semua orang mahu hidup senang.

Duduk saja, shopping, melancong dan buat apa yang kita suka tanpa perlu fikir mana nak cari duit, mana nak makan dan di mana nak jaga hati orang lain.

Jadi, amatlah penting untuk kita sentiasa merancang dan berusaha untuk masa depan kita.

MASA DEPAN yang bagaimana?

Bergantung! Kalau aku, masa depan yang aku bayangkan ialah apa jadi kat aku tahun depan?

Adakah aku akan terus dengan kehidupan begini? Kemahiran yang sama? Pendapatan yang sama?

Itu semua kita kena sama-sama fikir dan yang paling penting, apa perkara yang memuaskan hati dan membanggakan yang telah kita lakukan untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara?


Masa ni beliau berusia 21 tahun, tetapi sudah mula melihat masa depan

Aku mahu Malaysia yang lebih hebat!

Segalanya bermula dari diri kita... 


#yeethe
Fikir2
January 20, 2017
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Hebat!